FIZIWOO Spring/Summer 2019 diinspirasikan dari Hundred Flowers Movement yang berlaku pada era
Mao (1949 – 1976). Sebagai langkah reformasi kerajaan, Pengerusi Parti Komunis Mao Zedong
memutuskan untuk melancarkan kempen yang menggalakkan rakyat untuk memberi pendapat tentang
pemerintahan komunis. Dia berkata “Let a hundred flowers bloom, let a hundred schools of thought
contend” untuk menunjukkan bahawa mereka menerima pendapat rakyat dan terbuka untuk kritikan
membantu bagi kemaraan seni dan institusi-institusi budaya.
Pergerakan itu bertukar dari matlamat mulia untuk membantu rakyat menjadi penindasan rakyat yang lebih teruk. Ia menyebabkan pembunuhan orang ramai kerana kritikan mereka yang menghancurkan dan membawa kepada kehilangan hak individu bagi rakyat China. Ramai wanita dihukum mati dan menyebabkan anak-anak mereka kehilangan ibu, dan ramai juga guru yang dianiaya sehingga murid-murid mereka terpaksa berhenti sekolah.
FIZIWOO menceritakan kisah ini dengan menggabungkan dinamik berlawanan iaitu pakaian lelaki dan
wanita yang mempunyai unsur pakaian seragam dipanggil ‘Mao Suit’. Ia boleh dilihat pada poket empat segi stail tentera. Gabungan pakaian tradisi Cina digelar Hanfu juga diilhamkan pada jaket berlengan lebar. Jaket dibuat dalam lapisan tulle motif berjaring dan French lace bermotif bunga tanpa lapisan dalam memberikan kesan lut cahaya sekali gus menjadi simbolik kepada ketelusan yang diharap daripada kerajaan mereka di era tersebut.
The post Penceritaan fesyen penuh emosi oleh Fiziwoo appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment