Kalau sebelum ini viral kisah budak 3 tahun didera pengasuh di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak. Isu itu mendapat perhatian ramai netizen yang bersimpati dan geram dengan kejadian itu.
Kali ini budak 8 tahun pula didakwa ditampar oleh guru sado tanpa belah ihsan. Bayangkan hanya kerana melanggar lengan guru itu, budak sekecil ini dikenakan tindakan begini. Haish kejam sungguh!
Penampar roti canai
Ni la cikgu yg suka penampar murid2 tu.. Ramai dah kena penampar dengan dia, yang juga dikenali sebagai “penampar roti canai” kata guru besar sekolah tersebut. Tu la kesan ambil steroid byk sgt. cikgu kalau nk tumbuk tumbuk punching bag la bkn tampar murid2. Budak2 8 tahun main police entry bising2 kt tangga pun semua kena tampar. Nama dia **** merupakan cikgu Koko di Sekolah ****. Walaubagaimanapun hasil pemeriksaan doktor memang hentakan kuat kesan tamparan roti canai si badigol ni.. See u in court!
Terlanggar tangan cikgu
Anak buah kena tampar dengan cikgu gara2 terlanggar tangan cikgu ketika berlari dgn rakan2.. Difahamkan 4 lagi rakan yg lain juga turut ditampar oleh cikgu gila tersebut. Now anak buah admitted untuk susulan pemeriksaan kerana leher dah senget. Nate cikgu gilo! Tok kabar!! Kau sabar jap cikgu…
Bapa sudah buat laporan polis
Menerusi laporan polis, bapa kepada mangsa ketika itu berada di rumah ibu mertua sebelum menjemput anaknya. Dia menyedari ada kesan bengkak di bahagian tengkuk dan bawah telinga. Apabila ditanya, anaknya menjawab telah ditampar oleh guru sekolahnya sehingga jatuh sakit. Dia yang tidak berpuas hati dengan kejadian menimpa anaknya itu, terus berjumpa dengan guru berkenaan dan membuat laporan polis untuk diambil tindakan lanjut.
Ramai tak puas hati
Sumber : Diyaa Kaif
0 comments :
Post a Comment