Membeli- Belah Dalam Suasana Gelap Bersama Energizer®

Energizer® telah memberikan ganjaran yang hebat kepada 10 finalis pertandingan Energizer® Shop In The Dark 2018. 10 finalis tersebut telah memenangi sesi membeli-belah selama 15 minit bernilai sehingga RM12,000 setiap seorang di acara penutup grand finale yang berlangsung di Giant Hypermarket Kota Damansara. Mereka turut berasa teruja dengan pertandingan ini kerana mereka telah diberikan peluang sepenuhnya untuk membeli belah selagi berdaya tanpa perlu memikirkan beban bayaran yang akan ditanggung apabila tiba di kaunter.

Susulan dengan kadar penyertaan yang tinggi sejak dua tahun yang lalu, Energizer® sekali lagi kembali dengan Energizer® Shop In The Dark 2018 buat kali ketiga. Kali ini dengan hadiah yang lebih besar dan lumayan. Untuk menarik lebih banyak penyertaan daripada seluruh pelosok negara, Energizer® telah menawarkan lebih banyak medium penyertaan di mana ianya diterima sepanjang bulan Mac sehingga Mei tahun ini. Orang ramai boleh menyertai dengan  mengambil bahagian dalam cabaran Realiti Maya (VR) di siri jelajah di lebih 60 lokasi di tujuh bandaraya di seluruh Malaysia termasuklah Sabar dan Sarawak. Selain itu, anda boleh menghantar borang penyertaan melalui pos dan emel dan juga bermian permainan dalam talian.

Kesemua 10 finalis telah dipilih ke peringkat akhir kempen Energizer® Shop In The Dark 2018 merangkumo enam peserta daripada cabaran Realiti Maya, tiga daripada penghantaran borang dan satu daripada peserta permainan dalam talian. Kesemua peserta finalis tersebut dibenarkan untuk membeli-belah selama 15 minit dalam satu bonus bernilai sehingga RM12,000 setiap peserta. Tahun ini, finalis tidak dibenarkan untuk menggunakan troli dan hanya boleh bergerak dalam satu arah seperti yang ditetapkan aoabila mereka melalui lorong membeli-belah yang gelap di Giant Hypermarket Kota Damansara dengan menggunakan lampu kepala Energizer®.

Barangan di Giant telah ‘disapu bersih’ oleh para finalis setelah mereka dibenarkan untuk mengambil apa sahaja yang diingini, tertakluk kepada peraturan dan had yag telah ditetapkan, Sebaik sahaja selesai sesi membeli-belah, kesemua barangan telah dibayar sepenuhnya sehingga RM12,000 oleh Energizer® di kaunter bayaran.

Dengan peraturan tambahan, para finalis mengenalpasti peralatan elektrik sebagai barang keutamaan untuk memanfaatkan peluang membeli-belah yang berharga ini. Antara strategi yang digunakan oleh finalis adalah menambah troli lipat kepada barangan yang dibeli, supaya ia dapat digunakan untuk membawa kesemua barangan elektrik yang dibeli, selain daripada mengaut lebih banyak produk yang mampu diangkat menggunakan tangan. Strategi ini digunakan oleh kebanyakan peserta untuk membawa pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, periuk tekanan, penghawa dingin dan banyak lagi.

Sepuluh finalis kempen Energizer® Shop In The Dark 2018 adalah:

  1. Mohd Fakri Ghazali (Finalis daripada pertandingan Shop In The Dark 2016 & 2017)
  2. Yap Hua Qing
  3. Chee Jye Bao
  4. Chan Weng Sum
  5. Anorah Frezylah
  6. Ahmad Daud
  7. Tang Kam Hong
  8. Tan Wei Jin
  9. Halimahton Saadiah Aris
  10. Huzaimi Amir Zainudin

The post Membeli- Belah Dalam Suasana Gelap Bersama Energizer® appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment