innisfree Lancarkan Butik Kecantikan Pertama Di Pulau Pinang

Peminat kecantikan dan peminat jenama nombor satu daripada Korea, innisfree telah berkumpul di Gurney Plaza untuk meraikan ketibaannya sekali gus menandakan penampilan pertama jenama itu di negeri Pulau Pinang.

Pelancaran ini turut menandakan pembukaan butik kecantikan ke-10 jenama itu di Malaysia dan yang kedua di luar Lembah Klang. Ia telah mendapat sambutan ramai. Dengan reputasi innisfree sebagai produk penjagaan kulit dan alat solek semula jadi yang berasal daripada pulau terkenal terletak di Korea Selatan, Pulau Jeju, kebanyakan peminat jenama ini berharap agar butik kecantikan dapat dibuka di Pulau Pinang. Komited untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna, jenama ini telah mencari setiap peluang untuk membawa Pulau Jeju dengan lebih dekat kepada mereka.

Produk terlaris daripada innisfree seperti Green Tea Seed Serum, Orchid Enriched Cream dan rangkaian produk yang popular, Super Volcanic Pore Clay Mask 2x, kini boleh didapati di butik kecantikan innisfree di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

15 pemenang bertuah dan rakan mereka bersama dengan tetamu undangan adalah antara yang bertuah diberikan keistimewaan untuk menjadi pelanggan pertama untuk merasai butik kecantikan tersebut sebelum ia rasmi dibuka kepada orang ramai.

Peminat jenama itu dilihat sudah mula beratur sejak 9.30 pagi, dan ini melayakkan mereka untuk menerima hadiah pelanggan terawal daripada innisfree. Sempena dengan sambutan pembukaan butik kecantikan terbaru ini, pelanggan telah ditawarkan dengan tawaran eksklusif dan peluang untuk memenangi hadiah tambahan melalui pembelian sepanjang acara itu berlangsung.

innisfree melancarkan butik kecantikan pertamanya di Malaysia pada 5 Disember 2014 di Sunway Pyramid dan ia telah menjadi sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sejak itu, melalui usaha untuk mempromosikan gaya hidup mesra alam dan sebagai pembekal produk kecantikan semula jadi dari Pulau Jeju.

Untuk lebih info mengenai innisfree Malaysia, anda boleh layari laman sesawang rasmi, Facebook dan Instagram innisfree.

The post innisfree Lancarkan Butik Kecantikan Pertama Di Pulau Pinang appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment