Merokok mampu meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk anda mendapat 40 jenis penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan strok. Selain itu, ia juga boleh memudaratkan kesihatan anak anda. Jika suami anda adalah seorang yang kerap merokok, sudah tiba masanya anda membantu dia untuk berhenti merokok demi kesihatannya dan juga kesihatan orang sekeliling. Ia mungkin bukan yang tugas yang mudah tetapi dengan usaha, anda pasti dapat membantu suami untuk berhenti merokok. Anda juga boleh cuba teknik 12M yang Jelita kongsikan ini.
1. Melengah-lengahkan
Tunggu lima minit atau katakan tunggu sekejap jika anda berasa ingin merokok atau ada rakan mengajak anda merokok.
2. Menarik nafas panjang
Tarik nafas tiga kali secara perlahan-lahan bagi menghilangkan rasa ingin merokok atau ketagihan
3. Minum air
Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.
4. Menyibukkan diri
Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran dan untuk melupakan rokok. Jika anda sedang bosan, keinginan untuk merokok semakin meningkat.
5. Menjauhkan diri
Daripada orang yang merokok kerana anda mungkin akan terpengaruh apabila melihat mereka merokok
6. Mengelakkan diri
Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.
7. Mengunyah sesuatu
Seperti gula-gula getam dan buahan. Elakkan jenis yang manis
8. Membasuh
Basuh tangan secara konsisten
9. Mandi
Mandi dengan kerap
10. Meregangkan otot
Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk. Selalunya, anda akan merokok apabila rasa mengantuk.
11. Meditasi
Anda boleh cuba meditasi atau bertafakur bagi menenangkan perasaan ingin merokok.
12. Memohon doa
Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok.
The post Bantu Suami Berhenti Merokok Dengan Teknik 12M appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment