Empat Tip Cantik Sebelum Tidur

Anda biasanya lebih mengutamakan rutin penjagaan kulit pada waktu siang berbanding malam. Sebenarnya, rutin penjagaan pada waktu malam juga penting dan perlu diambil berat. Ini adalah empat tip yang perlu anda amalkan setiap malam sebelum tidur. Jangan malas yajika mahu tidur.

Gunakan Krim Pelembap Malam

Berapa ramai daripada anda yang suka menggunakan pelembap sebelum tidur? Ramai yang memberi alasan tidak suka wajah melekit ketika tidur. Pemakaian krim pelembap membantu mengelakkan kulit daripada menjadi kering ketika tidur.

Terutamanya jika anda tidur di tempat yang sejuk dan berhawa dingin. Apabila kulit kering, tanda-tanda penuaan cepat muncul seperti kedutan dan kusam. Gunakan pelembap yang dirumus khas untuk penggunaan malam kerana teksturnya lebih ringan dan tidak melekit.

 

Membersihkan Wajah

Mencuci wajah sebelum tidur itu sangat besar manfaatnya. Jika anda tidur tanpa mencuci wajah dengan sempurna terlebih dahulu, sisa solekan juga debu dan peluh yang melekat pada wajah akan menyebabkan proses pertumbuhan semula kulit terbantut. Malah, kemungkinan wajah akan ditumbuhi jerawat, gatal dan iritasi. Walau penat sekalipun, jangan sekali –kali lupa untuk membersihkan wajah anda selepas pulang daripada kerja.

Menggosok Gigi

Mungkin anda tertanya –tanya apa kaitan menggosok gigi dengan kecantikan. Gigi yang rosak dan kuning pastinya akan menjejaskan penampilan wajah secara keseluruhan.

 

 

 

Gunakan Masker

Tip terakhir yang perlu anda amalkan sebelum tidur adalah pemakaian pupur atau topeng penjagaan kulit. Ini adalah penjagaan tambahan untuk kulit. Cukup sekadar tiga atau empat kali seminggu.

 

The post Empat Tip Cantik Sebelum Tidur appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment