Kanser ovari adalah antara penyakit berbahaya yang boleh membunuh kaum wanita. Semua wanita mempunyai risiko untuk menghidap penyakit ini. Jelita kongsikan apa yang perlu anda tahu tentang penyakit ini.
Gambar: INGimage
Kanser ovari berlaku apabila tumor yang terbentuk di dalam sel-sel ovari menjadi malignan. Kanser jenis ini dikenali sebagai pembunuh senyap kerana kurang pengetahuan tentang gejala awal penyakit ini dan juga kerana penyakit ini sukar untuk dikesan ketika pemeriksaan. Walaupun penyakit ini lazimnya akan menyerang wanita selepas menopaus, semakin banyak kes yang menunjukkan peningkatan untuk penyakit ini menyerang wanita berusia 30-an dan 40-an, mungkin juga ada yang lebih muda.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Ovari?
- Tiada bukti yang tepat tentang punca untuk kanser ovari. Semua wanita mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit ini.
- Sista (cysts) berisiko untuk membentuk kanser terutamanya dalam ovari.
- Ujian Pap tidak boleh mengesan kanser ovari.
- Kanser ovari adalah salah satu kanser yang paling agresif dengan kadar kematian yang tinggi.
- Lebih 140,000 wanita meninggal dunia akibat kanser ovari setiap tahun.
- Wanita sering mengabaikan tanda-tanda awal penyakit ini dan akhirnya penyakit ini tidak dapat disahkan sehinggalah kanser sudah berada di peringkat akhir.
Faktor Yang Meningkatkan Risiko Untuk Menghidap Kanser Ovari.
-Status Melahirkan Anak
Semakin sedikit anak yang anda lahirkan, semakin tinggi peluang anda untuk menghidap penyakit ini. Melahirkan beberapa orang anak dan menyusu badan boleh membantu untuk mengurangkan risiko anda untuk menghidap penyakit ini.
-Umur
Wanita yang didiagnos dengan penyakit ini selalunya berusia antara 55 dan 60 tahun.
-Berat
Wanita yang mempunyai berat badan yang obesiti mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser ovari dan juga berisiko tinggi untuk meninggal dunia kerananya.
Gejala Penyakit
- Pendarahan yang teruk/banyak
- Saiz perut makin membesar dan kembung perut kerap berlaku.
- Hilang selera atau cepat rasa kenyang
- Kitaran haid yang tidak teratur. Sekejap muncul dan hilang secara tiba-tiba.
- Cepat letih dan mempunyai tenaga yang sangat sedikit.
- Masalah pencernaan (antara punca ramai wanita keliru dan juga sukar untuk membuat diagnosis dalam banyak kes)
- Sakit di bahagian belakang dan perut.
Mengesan, Menghalang Dan Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
-Mengesan
Terdapat banyak ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kanser ovari seperti MRI, ultrasound, ujian darah, laparoscopy dan juga ujian pengesahan kehamilan yang boleh membantu untuk mengesan kanser ini lebih awal.
-Menghalang
Jawapannya mudah sahaja. Amalkan gaya hidup yang sihat. Sentiasa pantau dan kenali tubuh anda dan ambil perhatian jika anda perasan sebarang perubahan pada badan anda. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan kandugan lemak yang berlebihan. Jaga berat badan dan kalau boleh dapatkan anak seramai yang mungkin dan pastikan anda menyusu badan anak anda.
-Apa Yang Perlu Dilakukan?
Apa yang perlu anda lakukan apabila anda dikesan menghidap penyakit ini adalah jangan mengalah. Sebaliknya, anda harus bersyukur kerana anda dapat mengesan penyakit ini dari awal dan dengan itu anda masih mempunyai peluang lagi. Buang perasaan negatif dan teruskan berjuang untuk terus hidup.
The post Pembunuh Senyap Kanser Ovari appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment