Sesak Akibat Tercekik Makanan, Jenazah Jins Shamsudin Selamat Dikebumikan

Dunia hiburan tanah air sekali lagi mengalami kehilangan besar pabila perginya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin.

 

Gambar : Sumber Google

 

Pagi tadi, jenazah selamat disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Ridzuan, Hulu Kelang. Sebelum itu, jenazah dimandi dan dikafankan di kediamannya.

 

Allahyarham meninggal dunia akibat sesak dipercayai tercekik jemput-jemput pisang kegemarannya selepas menikmati juadah minum petang bersama isterinya. Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan menuju ke sebuah klinik di Taman Melawati pada jam 5.45petang semalam.

 

Gambar : Sumber Google

 

 

 

Upacara pengebumian jenazah turut dihadiri lebih 1,000 orang kenalan termasuklah isteri, anak-anak dan ahli keluarganya. Menurut laporan BH Online yang menemu bual isterinya, allahyarham banyak mendiamkan diri semalam.

 

“Beliau banyak mendiamkan diri hari ini. Selalunya dari jam 2.30 petang, beliau tidak henti-henti bercakap sehingga tidur (malam). Ini petanda beliau akan pergi meninggalkan kami,” kata isteri seniman, Puan Sri Halijah Abdullah.

 

 

 

Tambahnya lagi, “Beliau juga memang sudah tidak mengingati saya, Jebat dan Nadim sejak dua tahun lalu. Hari ini, saya rasa lega beliau tidak lagi bercakap benda yang sama. Bagaimanapun, saya tidak menyangka ia membawa petanda beliau akan pergi selama-lamanya,” katanya.

 

 

EH! ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsudin. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

The post Sesak Akibat Tercekik Makanan, Jenazah Jins Shamsudin Selamat Dikebumikan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment