Gambar: Instagram
Mohd Faiz Subri telah memenangi Anugerah Puskas 2016 untuk gol terbaik pada Isnin lalu.
Subri yang juga pemain tengah untuk kelab Liga Super Malaysia Penang FA telah menjaringkan gol menerusi sepakan percuma jarak sejauh 35 ela menentang Pahang pada 16 Februari 2016.
“Ini adalah masa yang terbaik dalam hidup saya dan saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan memenangi anugerah ini. Perkara pertama yang ingin saya lakukan adalah untuk menelefon keluarga saya kerana tanpa mereka saya tidak akan menjadi pemain bola sepak professional. Anugerah ini bukan hanya untuk saya dan kelab saya bahkan untuk seluruh Malaysia. Apabila saya naik ke atas pentas untuk mengambil anugerah ini, secara jujur saya katakan saya tidak tahun apa yang hendak dikatakan. Saya tidak boleh percaya yang saya akan berada di tempat yang sama dengan sebahagian pemain bola sepak ternama,” Mohd Faiz Subri.
Gol jaringan Subri telah mengalahan gol jaringan daripada pemain tengah Corinthians Marlone, yang menjaringkan gol menentang pasukan Chile Cobresal serta Daniuska Rodriguez pemain wanita Venezuela bawah 17 tahun dimana gol solonya dijaringkan di U17 Sudamericano Championship.
Pemain Brazil, Wendall Lira telah berjaya memabwa pulang anugerah itu tahun lalu apabila menjaringkan gol menentang pasukan Atletico Goianiense dengan sepakan basikalnya (bicycle kick).
Antara pemain bola sepak ternama yang pernah memenangi anugerah ini ialah Cristiano Ronaldo (2009), Hamit Altintp (2010), Neymar (2011), Miroslav Stoch (2012), Zlatan Ibrahimovic (2013) dan James Rodriguez (2014).
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Mohd Faiz Subri. Saksikan video sepakan dari Faiz Subri.
The post Mohd Faiz Subri Menang Anugerah Puskas 2016 Untuk Gol Terbaik appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment