Sharnaaz Ahmad Bakal Nikah 31 Mac Ini

Gambar: Instagram Sharnaaz Ahmad


 
Pelakon, Sharnaaz Ahmad bakal disatukan dengan Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak kepada pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa pada 31 Mac ini.
 
Menurut Sharnaaz, majlis akad nikah akan diadakan di kediaman pengantin perempuan pada sebelah malam.
 
Sharnaaz dan Noor Nabila mengadakan sidang media di Clubhouse Duta Tropika pada petang semalam. Pada sidang media tersebut, Sharnaaz turut menyatakan perancangan mereka untuk mengadakan tiga majlis berasingan iaitu akad nikah, resepsi sebelah pengantin perempuan di sebuah hotel di ibu kota pada 2 April dan majlis sebelah pengantin lelaki di sebuah hotel di Pulau Pinang pada 16 April.
 
Tambah Sharnaaz lagi, majlis pernikahannya dengan Noor Nabila akan diadakan secara tertutup, namun mereka akan menyediakan jururgambar rasmi pada acara berkenaan.
 
Sharnaaz dan Noor Nabila berkenalan pada tahun 2015 sebelum Sharnaaz menghantar rombongan merisik kekasih hatinya pada Disember tahun lalu.

The post Sharnaaz Ahmad Bakal Nikah 31 Mac Ini appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment