Lima Bahan Ini Mampu Bantu Putihkan Gigi Dengan Segera

Gigi boleh menjadi semakin menguning jika terlalu kerap pengambilan kafein atau pun disebabkan rokok. Jadi usah biarkan gigi anda dibiarkan tidak terjaga rapi kerana ia satu-satunya bahagian rupa yang sebenarnya menjadi tarikan ramai kala kita berkomunikasi. 

 

shutterstock_547199461

Gambar : Shutterstock

 

Jika bersih dan putih gigi kita, orang di sekeliling pun akan turut selesa untuk berhadapan dengan diri kita. Seeloknya, amalkan cara ini untuk kembalikan gigi yang putih berseri.

 

Serbuk Kunyit

Adun satu sudu serbuk kunyit bersama sesudu minyak kelapa dara serta sedikit minyak pudina. Gosok campuran tersebut ke atas permukaan gigi dan kemudiannya gosok gigi seperti biasa. Bukan hanya memutihkan gigi, malah ia membantu mencegah kerosakan pada gigi.

 

Strawberi Dan Garam Laut

Ambil dua atau tiga biji buah strawberi dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan bersama dua sudu teh garam laut dan gunakan campuran ini untuk menggosok gigi. Gosok selama dua minit dan kumur. Seeloknya, amalkannya dua bulan sekali untuk hasil yang memberangsangkan.

 

Minyak Kelapa Dara

Sapu minyak kelapa dara ke atas permukaan gigi menggunakan jari sebelum menggosok gigi. Biarkan ia meresap ke dalam gigi selama 10 hingga 15 minit dan berus gigi seperti biasa. Kumur dengan air sejuk. Amalkannya sebanyak tiga kali seminggu untuk hasil yang memuaskan.

 

Kulit Pisang

Kulit pisang dipercayai mengandungi agen yang mampu menanggalkan plak gigi dan sisa makanan. Gosok permukaan gigi dengan bahagian dalam kulit pisang dan biarkan selama lima minit. Gosok gigi seperti biasa dan dalam masa yang sama amalkan cara ini setiap hari.

 

Gel Daun Lidah Buaya

Gosok gel daun lidah buaya pada gigi setiap kali selepas memberus gigi. Kemudian kumur seperti biasa. Percayalah yang hasilnya akan ketara selepas dua minggu mengamalkan cara ini. 

Sumber : Cosmopolitan.my

The post Lima Bahan Ini Mampu Bantu Putihkan Gigi Dengan Segera appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment