Caras Usia Dengan Tip Cantik Ini!

Pertambahan usia membuatkan wajah menjadi  ‘serba tidak kena’. Ia akan menjadikan wajah kelihatan kusam, tidak bermaya dan solekan tidak kekal lama. Anda juga tidak berani untuk keluar daripada zon selesa dan mencuba sesuatu yang baru. Lihat sahaja Selebriti Hollywood seperti Jennifer Aniston, Kate Winslet, Drew Barrymore dan ramai lagi, mereka masih kelihatan cantik biarpun sudah melewati usia 30 an.

JELITA kongsikan beberapa tip cantik  yang anda boleh aplikasikan  untuk mengembalikan keremajaan wajah agar tampak lebih segar dan muda.

Soft Smokey Eyes

  • Solekan mata berkabut atau smokey eyes masih lagi hangat di pentas solekan. Untuk tampak lebih muda dan segar, tukar mainan rona pembayang mata yang gelap kepada rona yang cerah. Anda masih boleh mencipta smokey eyes, namun pilihan rona yang lebih cerah dan natural.

Rona Lipstik Menjerit

  • Anda pasti bosan kerana asyik mengenakan lipstik berona merah sahaja,bukan? Tukar penggunaan lipstik kepada rona yang lebih segar dan ceria seperti coral, plum dan juga beri. Warna ini bukan sahaja membangkitkan mood anda, malah memberi injeksi muda dan berani.

 

Pemerah Pipi Lembut 

  • Satu kesilapan yang anda tidak sedari selama ini ialah mengoleskan pemerah pipi dengan terlalu kuat. Tip yang betul ialah pilih rona yang lembut dan layangkan dengan perlahan pada tulang pipi. Wajah akan tampak manis dan minimalis.

Wajah Mulus Berseri 

  • Jangan malas untuk konsisten dengan rutin penjagaan wajah yang betul. Mulakan dengan membersihkan wajah, rawat wajah dengan serum kecantikan dan kunci kelembapan dengan pelembap yang betul. Yang paling penting, bersihkan wajah daripada sisa solekan sebelum anda tidur.

Potongan Rambut Baru 

  • Potongan rambut yang sesuai juga boleh mencipta seraut wajah terlihat lebih muda dan segar. Apa kata anda cuba rambut potongan baru dan dapatkan rawatan penjagaan rambut agar rambut bebas masalah dan sihat. Mungkin anda boleh cuba gaya rambut seperti choppy bangs, bob dan juga light curl. 

 

The post Caras Usia Dengan Tip Cantik Ini! appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment