Bina Badan Cara Nas-T

Pelakon, pemuzik dan DJ ini mula mencipta nama dengan lakonan berkesan menerusi watak Abu dalam siri TV KAMI.

 

h-301

 

Nas-T juga seorang penggemar senaman angkat berat. Kami bertemu dengan Nas-T untuk mencungkil rahsia tubuh kekal sihat.

 

1. Motivasi diri untuk bersenam.

Untuk kekal fit, sihat, to look good, kekal muda, elak penyakit dan Insya-Allah untuk hidup lebih lama. Saya bersenam empat kali seminggu dalam 1 ½ jam per sesi dan saya fokus kepada senaman seluruh badan.

 

2. Bahagian paling sukar ketika melatih diri.

Paling sukar ialah diet, kerana pada saya semua orang boleh melatih diri namun tidak semua boleh menjaga pengambilan makanan mereka.

 

3. Diet Nas-T.

Perlu mengamalkan pemakanan sihat. Pada mulanya ia sukar tetapi lama-kelamaan badan akan mula biasa dengan pemakanan itu. Saya akan menyediakan makanan sihat sendiri seperti lauk ikan kukus manakala makanan karbohidrat pula termasuk ubi keledek, brown rice atau pasta mil penuh. The biggest enemy to our body is sugar. Selain itu elak pengambilan minyak kerana ia membentuk kolesterol dalam badan dan boleh menyekat saluran darah.

 

WEIGHT TRAINING

Pelajari beberapa langkah senaman kegemaran Nas-T dengan lebih lanjut.

 

Langkah 1: Incline Dumbbell Press

 

h-184

 

h-178

 

Baring di atas incline bench dengan ketinggian yang selesa. Angkat kedua-dua dumbel tegak ke atas dan turun lengan ke sisi secara perlahan-lahan. Ulang langkah. Pastikan berat dumbel mengikut keselesaan – elak dumbel terlalu berat kerana ini boleh menegangkan otot.

 

Langkah 2: Flat Dumbbell Press

 

h-194

 

h-192

 

Pastikan bench rata dan baring dengan bahagian belakang sedikit melengkung. Angkat kedua-dua dumbel tegak ke atas dan turunkan lengan ke sisi secara perlahan-lahan. Pastikan kedua-dua dumbel bersentuhan.

 

Langkah 3: Modern Dumbbell Pullover

 

h-212

 

h-215

 

Baring di atas inclined bench agar belakang tidak sakit. Pastikan kedua-dua tangan memegang satu dumbel. Gerak dumbel dari kepala ke dada secara perlahan-lahan. Ulang langkah.

 

PLAYLIST SENAMAN

Duality – Slipknot

Chop Suey – System of a Down

Bat Country – Avenged Sevenfold

Uprising – Muse

I Can’t Stop – Flux Pavilion

The post Bina Badan Cara Nas-T appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment