Safura Tawil Muncul Juara Di Kejohanan Memasak Antrabangsa Dengan Pulut Kuning

tawil-1

Gambar: says.com


 
Tanggal 3 November lalu, Safura Tawil tanak muda tempatan dari Sabah, Safura Tawil telah mengharumkan nama negara kerana telah menjuarai pertandingan ‘Embassy Chef Challenge 2016’ di Ottawa, Kanada.
 
Gadis yang baru berusia 25 tahun ini berjaya menjuarai pertandingan itu yang merupakan salah satu acara kulinari antarabangsa berprestuj di Ottawa, Kanada. Dia berjaya mengalahkan 10 lagi chef dari Belgium, Gutemala, Jamaica, Sepanyol, United Kingdom, Perancis, Honduras, Kazakhstan, Pakistan, dan Trinidad & Tobago.
 
tawil-2

Gambar: says.com


 
Lebih mengagumkan, Safura adalah peserta termuda di antara semua chef yang mengambil bahagian dan kebanyakkan chef yang bertanding adalah chef yang mempunyai pengalaman dalam dunia kulinari selama bertahun-tahun. Ada juga antara chef tersebut yang telah menerbitkan buku masakan dan mempunyai saluran masakan sendiri. Lebih hebat lagi, Safura turut menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago.
 
Safura yang kini bekerja sebagai chef di kediaman Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Ottowa telah menjalankan hubungan cinta dengan dunia masakan sejak dari lagi apabila dia bekerja di tiga buah restoran milik keluarganya di Sabah termasuk satu restoran yang dinamakan sempena namanya sendiri, Restoran Siti Safura.
 
tawil-3

Gambar: says.com


 
Chef Safura telah mempersembahkan hidangan authentik kegemaran rakyat Malaysia kepada juri profesional dan juga kepada 400 orang tetamu yang hadir. Tiga hidangan yang dipersembahkan ialah pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa telah berjaya menambat hati juri.
 
Menurut Safura, dia hampir sahaja tidak dibenarkan bertanding apabila suhu makanannya jatuh pada tahap yang tidak tepat. Setelah hampir empat kali datang untuk memeriksa akhirnya juri membenarkannya untuk bertanding dan akhirnya dia berjaya menjuarai pertandingan itu.
 
tawil-4

Gambar: says.com


 
tawil-5

Gambar: says.com

The post Safura Tawil Muncul Juara Di Kejohanan Memasak Antrabangsa Dengan Pulut Kuning appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment