Majoriti masyarakat Malaysia gemar fabrik kapas. Sifatnya yang serap peluh dan selesa sesuai dengan cuaca di Asia adalah sebab utama kenapa fabrik ini laku. Kain ini asalnya daripada serat kapas. Kebanyakannya, ia dijadikan bahan untuk membuat kemeja, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.
Ciri – ciri kain kapas:
⦁ Nyaman dan ringan
⦁ Kain terasa sejuk dan sifatnya juga berbentuk
⦁ Kotoran dari makanan dan minyak mudah hilang jika guna sabun pencuci.
⦁ Boleh dicuci dengan tangan mahupun dry clean
Buat anda yang suka kain jenis ini pasti mempunyai jenis kain kapas tertentu yang anda gemari. Bukan satu jenis sahaja, malah ada beberapa jenis lagi fabrik yang anda perlu tahu.
i. Kapas Jepun (Japanese Cotton)
Kain kapas ini sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Jika dilihati ianya seperti kain biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti
⦁ Daya menyerap peluh lebih bagus.
⦁ Harganya lebih mahal daripada kain kapas lain di pasaran.
⦁ Permukaan kain lebih halus.
ii. Kapas Paris (Paris Cotton)
Ciri-cirinya sama seperti cotton Jepun tetapi ia lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah dan kedua popular selepas kain kapas Jepun. Paris Cotton mudah menggerbang apabila ditiup angin.
iii. Kapas sutera (Cotton Silk)
Kapas sutera ini ada dua jenis iaitu nipis dan tebal. Ciri-ciri kain ini adalah :
⦁ Permukaan kain lebih berkilat.
⦁ Harga sedikit lebih mahal, namun tidak semahal cotton Jepun
⦁ Daya serap peluh paling rendah.
⦁ Warna tahan lama meskipun sering dicuci.
iv. Kapas minyak
Cotton ini sama seperti yang lain cuma permukaannya seakan berminyak namun kilatannya berbeza dengan kain kapas sutera.
⦁ Harga sama dengan cotton biasa.
⦁ Daya serap peluh yang baik
⦁ Kilatannya akan berkurang setelah beberapa kali cucian.
v. Kapas biasa
⦁ Motifnya boleh didapati dalam pelbagai jenis
⦁ Harga lebih murah.
⦁ Warnanya tahan lama
Dah tau jenis kain kapas yang ada di pasaran, apa lagi jom kita beli-belah !
*Gambar ihsan dari Google dan Etsy
The post Kenali Jenis Kain Kapas appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment