Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Timang Anak Pertama

Gambar : Instagram Syamsul Yusof

 

1

 

Syamsul Yusof mengumumkan berita gembira akan kehamilan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang kini mencecah tiga bulan. Berita itu dikongsikan kepada BH Online. 

 

Sutradara serta aktor popular tempatan ini mensyukuri akan rezeki ini. Pada mulanya sebenarnya Syamsul merahsiakan berita ini termasuklah dari pengetahuan kedua ibu dan bapa mereka.

 

“Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini,” ujar Syamsul.

 

Menurutnya lagi, isterinya kini kerap mengalami muntah-muntah dan cepat penat. Pada masa yang sama, Syamsul melarang isterinya dari pergi ke butiknya di Bangsar demi kesihatan dan kandungannya.

 

2

 

Sebelum ini, Sarah pernah mengalami keguguran. Jadi disebabkan itu, Syamsul kini menitik beratkan penjagaan kesihatan dan pemakanan isterinya itu. Bahkan Syamsul turut mahu berusaha untuk memenuhi semua permintaan Sarah jika waktu mengidam.

 

Tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Semoga diberikan kesihatan yang baik berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan menuju masa kelahiran itu nanti.

 

 

 

 

 

 

The post Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Bakal Timang Anak Pertama appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment