Ketahui Individu di Sebalik Jenama Omar Ali

Sebut sahaja butik Omar Ali, sudah tentu teringat butiknya yang menjual pakaian tradisional melayu seperti baju melayu, baju kebaya dan baju kurung. Namun siapakah pelopor disebalik jenama ini? Apakah rahsia mengekalkan perniaggan ini sejak 81 tahun lamanya? Jom baca sejarah Omar Ali.

Pada asalnya butik ini dipelopori oleh Allahyarham Omar bin Ali sendiri sejak tahun 1935. Ketika itu dia membuka kedai di bazar Melayu yang kini terletak di Wisma Yakin di Jalan Masjid India. Sehingga kini, disitulah ibu pejabat Omar Ali. Bermula dengan mempunyai dua orang pekerja, dia memfokuskan pembuatan pakaian tradisional terutamanya baju Melayu dan turut menerima tempahan lain seperti sut dan baju kurung.

                                                                            Omar Ali

Sehingga kini butik Omar Ali berkembang dan kini mempunyai 7 cawangan seperti di Alamanda, Taman Tun Dr. Ismail dan beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Perniagaan keluarga turun-temurun ini kini digalas oleh anaknya, Azizah Omar.

Keluarga Omar Ali

Azizah Omar

Mungkin ramai yang tidak tahu, butik ini mampu bertahan sehingga hari ini dek kerana hubungan kekeluargaan yang erat dan tekad untuk memajukan perniagaan ini. Selain itu, ia juga meraih sokongan dan kepercayaan daripada pembekal dari dalam dan luar negara yang banyak membantu menaikkan lagi pasaran jenama fesyen ini. Kebanyakan pengedar datangnya dari Korea, Jepun, Indonesia, China dan Pakistan yang mempunyai agen di Malaysia dan Singapura. Mereka bukan sahaja membekalkan barang-barang jahitan seperti jarum dan benang tetapi mesin jahit hinggalah kepada tekstil dalam pelbagai warna dan tekstur. Faktor lain juga datangnya dari agensi kerajaan dan swasta seperti bank, hotel dan kilang yang mengambil tempaham untuk membuat sut korporat dan pakaian seragam.

Semoga semangat perniagaan yang ditonjolkan oleh perniagaan Omar Ali ini dapat memberi inspirasi kepada pereka-pereka fesyen tanah air masa kini dan juga para peniagawati yang mahu mengembangkan perniagaan dalam bidan fesyen dan tekstail. Melabur ribuan ringgit untuk busana cantik perlu seiiring dengna ketelitian jahitan dan kualiti pakaian. Jangan hanya mengaut keuntungan semata-mata.

The post Ketahui Individu di Sebalik Jenama Omar Ali appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment