Bekas suami Fiza Elite iaitu Adam AF menjelaskan bahawa dia terkejut apabila mengetahui berita mengenai bekas isterinya itu yang khabarnya bakal mendirikan rumah tangga baru tidak lama lagi.
“Saya terkejut sebab tidak tahu mengenainya tetapi gembira dengan berita tersebut. Kalau dia sudah berjumpa dengan jodohnya, Alhamdulillah. Sebab semua jodoh di tangan Allah. Allah yang tentukan”
“Dia juga sudah berusaha ke arah itu,” ujar Adam.
Selain itu, sebelum ini Fiza juga dalam masa yang sama turut dikritik di Instagram kerana didakwa telah merampas suami orang dan perkara tersebut dinafikan sendiri oleh Fiza di ruangan komen. Adam pula enggan memberi komen tentang perkara berkenaan.
“Pada saya, ia sesuatu yang sensitif untuk dikomen. Saya tidak mahu komen kerana kita tidak tahu situasi sebenar. Cuma sebagai kawan dan bekas suami, saya doakan yang terbaik untuk dia. Saya memang berharap dia dapat seseorang yang boleh menjaganya dengan baik,” katanya.
Sebagai info, Adam dan Fiza bercerai buat kali kedua pada September tahun lalu.
0 comments :
Post a Comment