Nak bercuti ke mana kali ni? Mesti dah habis idea dan juga habis duit nak memilih next destination untuk bercuti bersama buddies atau BFF korang kan?
Takpun, anda ni sebenarnya tergolong antara insan-insan yang nak sangat luangkan masa bersama keluarga tercinta tapi mempunyai bajet yang terhad?
Nah, kami nak offer tiket flight dan juga penginapan untuk percutian ke Brazil secara percuma bersama 9 orang insan tersayang korang. Well, sebelum tu, jom kita usha 7 aktiviti mengujakan yang korang tak tahu boleh dilakukan di Brazil! Check it out.
1. Lepak santai di Kepulauan Costa Verde
Pulau Fernando de Noronha
Kalau korang nak tahu, memang banyak gila pulau dan pantai yang superb cantik sepanjang pantai Brazil. Pulau tropika Costa Verde terletak di antara Rio dan São Paulo seperti Ilha Grande dan Ilhabela. Tapi, katanya Pulau Fernando de Noronha adalah yang paling cun. Ha.. pilih jangan tak pilih!
2. Rasakan kedinginan Air Terjun Iguazu
Air Terjun Iguazu
Mesti ianya akan menjadi kenangan yang paling tidak dapat dilupakan jika korang boleh menjejakkan kaki di Air Terjun Iguazu di selatan Brazil ini. Puncak tertinggi Air Terjun Iguazu ini yang dinamakan sebagai Garganta do Diabo dikatakan mencecah 230 kaki! Fuh!
3. Belajar masakan Brazil di Copacabana
Korang dan buddies memang gemar mencuba resipi baru? Gemar makan? Nah, apakata korang try belajar masak menu ala-ala Brazil di Copacabana. Balik Malaysia, tunjuk skil masterchef korang biar semua mata terbeliak. Baru dikatakan percutian yang mantap!
4. Berhiking di Chapada Diamantina National Park!
Chapada Diamantina National Park
Bagi golongan yang lasak pula, korang boleh try hiking, river rafting atau just lepak-lepak di Chapada Diamantina National Park. Kat mana tu dan apa yang menariknya?
Well, Chapada Diamantina National Park ni terletak di Pergunungan Bahia dan merupakan pusat ecotourism paling famous di Brazil. Ada gua, tasik dan air terjun bawah tanah dan sudah semestinya udara hutan yang menyegarkan. Jangan tak larat sudah lah ye!
5. Cari ketenangan dan beromantika di Paraty
Paraty
Paraty merupakan bandar bersejarah di Costa Verde berada di antara Rio de Janeiro dan Sao Paulo yang mana dikatakan merupakan kawasan perdagangan emas abad ke-18. Paraty merupakan destinasi popular untuk mereka yang sukakan aktiviti cruise. Pergh, mesti sweet gila dapat cruise sambil girlie talk mengimbau memori lama bersama BFF kan?
6. Belajar sejarah di Sao Miguel das Missoes
Sao Miguel das Missoes
Buat mereka yang sukakan sejarah dan juga menyelami rekabentuk bangunan dahulu kala, apakata berkunjung ke Sao Miguel das Missoes yang telah dinobatkan sebagai tapak warisan UNESCO. Sambil melancong, bolehlah timba ilmu sikit kan?
7. Jejak kaki di Stadium Maracana!
Buat kaki bola mesti tahu bahawa Stadium Maracana ini dibuka pada tahun 1950 untuk menganjurkan FIFA World Cup (psst, Brazil kalah dengan Uruguay 1-2 dalam pusingan penentuan). Sejak itu Stadium Maracana ini telah menjadi medan pertarungan untuk pelbagai perlawanan bola sepak kelab ternama di Rio de Janeiro!
Jom bawa 9 orang BFF, buddies, family ke Brazil secara PERCUMA!
Siapa nak sponsor? Eh, takkan korang tak tahu yang 100 PLUS ingin menaja tiket penerbangan dan penginapan korang ke Brazil! Bukan seorang sahaja ya, malah korang berpeluang membawa 9 lagi sahabat handai atau keluarga tersayang untuk ikut sekali!
Caranya amat mudah! Korang hanya perlu mengisi borang peraduan yang boleh didapati di 100 PLUS Dahagakan Bola dan hanya jawab 2 soalan. Syarat dan terma peraduan boleh didapati di laman sesawang yang sama.
Malah, 12 buah televisyen Panasonic 65? dan 1000 jersi Adidas juga menanti para pemenang yang bertuah.Eh, cepat-cepat download borang peraduan sekarang! Ramai ni berebut nak ke Brazil! Jumpa di sana ya!
The post 7 Aktiviti Mengujakan ‘Wajib’ Buat Bersama Sahabat Sekepala Di Brazil… Confirm Enjoy Sakan! appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment