Oleh : Farhana Fuad
Gambar: shutterstock
Daripada terlalu asyik bermain telefon pintar, apa kata anda penuhi masa yang ada itu dengan aktiviti yang berfaedah. Sekurang-kurangnya ada juga hasilnya.
EH! senaraikan lima hobi cool yang patut anda cuba.
Belajar Bahasa Asing
Menerima cabaran dalam mempelajari bahasa asing sebagai hobi bukan hanya boleh menjadikan anda mahir bertutur dalam bahasa tersebut, tetapi ia juga boleh menjadi satu cara untuk anda berkomunikasi bersama mereka yang bercakap dalam bahasa tersebut. Setidak-tidaknya membantu anda untuk berkomunikasi kala ke luar negara. Sudah pasti ia menyeronokkan pabila anda sendiri boleh memahami apa yang orang lain perkatakan. Selain merujuk buku, anda boleh belajar menerusi menonton filem mahupun mendengar lagu.
Fotografi
Kamera kompak digital semakin hari semakin mudah untuk mendapatkannya dan dijual pada harga yang berpatutan. Bahkan lebih senang untuk digunakan. Hari ini juga sudah mudah mencari kursus fotografi bagi mereka yang baru dalam bidang ini. Jadi, ia pastinya boleh menjadi satu hobi yang menyeronokkan bagi seseorang yang mempunyai mata seni. Untuk memulakan hobi ini, bersedia untuk membuat sedikit perbelanjaan dalam mendapatkan kamera yang anda inginkan. Perlahan-lahan, dari jurugambar amatur boleh menjadi seorang jurugambar profesional. Siapa tahu bukan?
Gubahan Bunga
Mungkin ia agak memerlukan kos yang tinggi sedikit, tetapi bayangkan bagaimana cool nya jika anda boleh menghasilkan sendiri gubahan bunga yang indah seperti anda lihat di majlis perkahwinan. Dan mungkin satu hari nanti jika anda sudah mahir dalam menggubah bunga, anda boleh membuka perniagaan sendiri untuk gubahan bunga.
Mendaki Bukit atau Gunung
Mendaki bersama teman atau solo, tidak bermakna yang anda seorang pendaki tegar. Cuba mendaki di hutan-hutan terjaga yang mempunyai laluan pejalan kaki dengan tahap kemampuan anda. Sekurang-kurangnya anda memperoleh waktu kualiti bersama teman atau diri sendiri.
DIY
Dari anda biarkan botol kaca dari kicap, sos atau minuman terbuang begitu sahaja, lebih baik anda simpan dan ubahnya menjadi satu item yang berguna di rumah anda. Mula amalkan amalan kitar semula. Setidaknya anda sudah cuba menyelamatkan bumi dari dicemari. Bahkan, anda akan menjadi lebih kreatif dalam pengubahsuaian.
The post 5 Hobi Yang Cool Untuk Dicuba appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment