[VIDEO] ‘Lagu Ni Bukan Untuk Dia, Tapi Dia Terasa. Saya Pun Tak Faham Kenapa’- Ben Ladin

Tidak lama dahulu, lagu Mambang nyanyian Altimet telah mencetuskan fenomena dikalangan peminat Hip Hop tempatan. Apabila mengamati setiap bait lirik lagu itu, ramai beranggapan bahawa ia ditujukan kepada rapper otai, iaitu Malique. Walaubagaimanapun Altimet menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan lagu itu tiada kena mengena dengan Malique.

Tidak lama selepas itu, lagu ‘Hikayat Ben Ladin’ nyanyian Ben Ladin pula jadi trending di YouTube. Kali ini, ramai pula mengatakan bahawa lagu tersebut ditujukan kepada Altimet. Lagi menarik apabila Ben Ladin sendiri merasakan Altimet ‘terasa’ dengan lagu itu. Lihat video temubual ini.

Ada maksud tersirat?

‘Lagu ni bukan untuk dia, tapi dia terasa’- Ben Ladin

‘Memang saya rasa lagu tu ditujukan kepada Malique.’ – Joe

Sumber: Twitter Aisa Benasri

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment