Seperti kolaborasi terdahulu, Uniqlo sekali lagi mengumumkan kerjasamanya bersama Hana Tajima sempena musim luruh/sejuk 2018 bermula Ogos ini. Koleksi yang dikhususkan untuk penggemar pakaian sopan ini boleh dimiliki di stor terpilih atau di laman sesawang Uniqlo.com/my.
Menurut pereka fesyen yang berpengkalan di New York ini, dia mahu meraikan warna-warni kehidupan harian wanita sedunia. Koleksi ini menggambarkan sifat feminin yang lemah lembut namun sentiasa tampil dinamik dalam melalui cabaran hidup.
Palet warna sejuk seperti hijau dan kelabu dihimpunkan bersama tona senja seperti jingga, merah bagi menghidupkan nafas kemegahan koleksi ini.
The post Uniqlo X Hana Tajima persembahkan koleksi Musim luruh/sejuk 2018 appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment