Esok, negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan untuk kali ke 61 tahun. Setiap 31 Ogos, apa yang dinanti-nantikan sudah tentunya acara perbarisan persembahan unik dan berwarna-warni setiap tahun.
Kali ini, turut akan dipersembahkan adalah nyanyian dan rap oleh pasukan beruniform seperti tentera, tentera laut, tentera udara dan polis. Masing-masing nakal menunjukkan bakat terpendam masing-masing.
Nyanyi lagu Negaraku Faizal Tahir menampilkan Sonaone
Part 2 pic.twitter.com/jvvddR0Epi
— Day ?? (@syafikamhmud) August 29, 2018
Part 4 pic.twitter.com/1t6zXg3GmD
— Day ?? (@syafikamhmud) August 29, 2018
Siri video pendek latihan anggota badan beruniform berkenaan untuk dipersembahkan esok mendapat perhatian netizen. Anggota berkenaan dengan uniform berbeza mempersembahkan lagu Negaraku nyanyian Faizal Tahir dengan penampilan Sonaone.
Paling mencuri tumpuan sudah tentunya bahagian rap oleh anggota dengan celoreng tentera laut dan tentera darat. Kedua-duanya mampu rap setaraf penyanyi profesional.
Turut tidak patut dilupakan adalah suara latar dan iringan muzik band yang terdiri daripada anggota barisan tentera negara. Cukup harmoni dan boleh dipuji. Salute anggota uniform kita!
Sumber: Syafika Mahmud
0 comments :
Post a Comment