Teks : Julia Azman
Tiada batasan malah tiada garisan penamat. Gelaran ‘Express Millionaire’ penyebab jalan pintas menjadi pilihan.
[caption id="attachment_119228" align="aligncenter" width="640"] Gambar : 123rf[/caption]
Gejala ciplak, tiru atau plagiarism terus berleluasa walaupun segala usaha badan kerajaan atau badan bukan kerajaan cuba membasmi namun masih kekal aktif. Sama ada ia satu kebetulan atau sekadar strategi pemasaran. Tidak dinafikan setiap apa yang diterbitkan atau dihasilkan banyak membantu dalam mengukuhkan ekonomi negara. Persekitaran yang dilihat sihat telahpun dicemari oleh golongan yang mengambil kesempatan secara rakus demi kepentingan diri sendiri. Mungkin bagi kelompok ini mereka hanya mengambil ia sebagai sumber inspirasi bagi barangan atau jenama yang ingin dikeluarkan namun secara mata kasar ianya adalah bersifat imitasi, menceduk idea asal dan tidak diolah hingga ia seakan sama dengan barangan asal.
Seperti kes yang berlaku di China sekitar tahun 2017, sebuah syarikat sukan tempatan China yang melabelkan jenamanya sebagai ‘Uncle Martian’ telah disaman oleh pengeluar barangan sukan terkemuka Under Armour gara-gara label jenama dan rekaan kasut sniker ditiru bulat-bulat. Disebabkan kesalahan besar itu, syarikat Uncle Martian ini terpaksa membayar saman dengan nilai $300,000. Itu bukanlah kes pertama yang berlaku di China kerana negara sebesar China sememangnya terkenal dalam isu menciplak hak cipta hingga ke peringkat antarabangsa.
Dari dunia fesyen, kecantikan, teknologi atau karya seni semuanya tidak terkecuali dalam menghadapi isu hak cipta diciplak. Walaupun peratusan berlaku di Malaysia tidaklah sehebat di luar negara namun ia sesuatu perkara yang agak merisaukan terutama bagi pembentukan sahsiah anak belia yang ingin berjinak dalam dunia perniagaan. Disebalik kekusutan ini, ada jalan penyelesaian dalam membantu kita untuk menjaga kepentingan harta intelek yakni menerusi Jabatan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
SYARAT-SYARAT BAGI PERLINDUNGAN HAK INTELEK MENERUSI MYIPO
- Perlindungan Hak Cipta:
- Karya adalah bersifat asli
- Karya tersebut telah direkodkan, ditulis atau dijadikan dalam bentuk bahan
- Penciptanya mestilah orang berkelayakan
- Karya dihasilkan di Malaysia atau penerbitan pertama berlaku di Malaysia
The post Identiti Bisnes Lokal : Imitasi Atau Inspirasi appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment