Selangkah masuk ke dalam kafe pop up ini pastinya akan buatkan anda terpegun kerana ia seakan membawa anda terbang terus ke Provence Itali.
Bermula 20 sehingga 26 Ogos ini, anda boleh ikuti pengalaman terhebat yang dibawakan oleh L’OCCITANE yang bertempat di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Yang menariknya, anda bakal menggunakan kesemua deria anda termasuklah deria lihat, dengar, perasaan, rasa dan bau.
Ia akan mempunyai TEXTURE BAR di mana anda dapat mencuba tekstur dan aroma produk rangkaian L’OCCITANE. Bahkan sejurus anda tiba di situ, anda bakal menikmati atmosfera aroma buih mandian yang dimempunyai bau bahan utama dalam produk popular dari L’OCCITANE.
Kafe pop up itu juga akan mempunyai bilik interactive infinity yang mana anda dapat melihat permandangan belon udara panas yang membawa anda terbang ke bunga-bunga Immortelle yang memenuhi tanah landskap di Provence.
Jangan lepaskan peluang untuk berswafoto serta berkongsi kecantikan Provence kepada teman-teman anda. Sebelum mengakhiri pengalaman anda di kafe pop up L’OCCITANE ini, anda patut nikmati manisan citarasa Itali di L’OCCITANE CAFE. Buat julung kalinya, L’OCCITANE Malaysia bakal bekerjasama dengan Chef Eksekutif dari YEAST Bistronomy iaitu Frank Denis Ruidavet yang telah berkecimpung dalam dunia kulinari selama 35 tahun. Kala menyajikan hidangan ala Itali, ia juga bakal menerapkan citarasa tempatan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
L’OCCITANE Café ini akan menyerupai kafe sebenar dekorasi yang betul dan meja santapan, menu makan, dan semestinya hidangan manisan serta minuman yang berinspirasikan Provence. dengan tetapan yang betul dan makan tengah hari, menu pesanan dan ya, pencuci mulut yang boleh diilhamkan Provencal yang menyenangkan dan minuman tentu saja! Antaranya adalah crème brulee dan macaroon yang menggunakan bahan terkenal yang digunakan dalam produk L’OCCITANE seperti Cherry Blossom, Almond, Ros, Lavender, Lemon Citrus, Bergamot dan banyak lagi bahan lain. Juga jangan lepas untuk cuba gula-gula tradisi turun temurun Provence iaitu Calissons.
The post Terbang Terus Ke Provence Itali Pabila Melangkah Masuk Ke Kafe Pop Up Pertama L’OCCITANE appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment