8 Fakta Mengenai Kanak-Kanak Yang Lahir Dalam Keluarga Diraja

Dari kaca televisyen, kehidupan sebagai pewaris takhta kelihatan amat mudah dan membahagiakan namun realitinya, putera dan puteri ini harus mengikuti tradisi lama yang telah ditetapkan sejak hari pertama mereka dilahirkan. Hari mereka penuh dengan perkara yang harus mereka lakukan dan mereka sentiasa berada dalam jadual yang ketat. Oleh itu, Jelita kongsikan lapan fakta menarik mengenai kanak-kanak yang lahir dalam keluarga diraja.

kanak-kanak yang lahir dalam keluarga diraja.

Gambar: Shutterstock

Kelahiran Bakal Pemerintah

Di England, Ratu sering menjadi orang pertama yang akan diberitahu apabila pewaris takhta dilahirkan dan Putera William telah melakukan perkara ini sebanyak tiga kali menggunakan nombor yang disulitkan. Duke of Cambridge itu sebenarnya adalah seorang yang agak kolot (old fashioned) kerana dia selalu menjemput isterinya dari wad bersalin. Bayi yang dilahirkan dalam kerabat diraja biasanya akan dihantar oleh sekumpulan dokto yang mesti menandatangani perjanjian untuk tidak mendedahkan bayi tersebut kepada awam. Sebelum tahun 1948, Raja dan permaisuri tidak dibenarkan bayi yang baru dilahirkan namun kini, Putera William boleh berada di sisi isterinya untuk memberikan sokongan semasa bersalin.

Kelahiran pewaris takhta juga perlu dirayakan dengan cara yang istimewa dan ibu bapa angkat (godparents) mereka juga bukanlah daripada kalangan rakyat biasa. Raja Bhutan, Jigme telah memerintahkan untuk menanam 108,000 pokok pada bulan Februari 2016 apabila isterinya, Jetsun melahirkan seorang anak lelaki. Manakala, Raja Mohammed VI dari Morocco dan Puteri Irene dari Greece dan Denmark telah dipilih menjadi ibu bapa angkat Putera Simeon dari Bulgaria.

Cara Anak Kerabat Raja Mendapat Nama

Putera dan puteri yang bakal dilahirkan biasanya mempunyai tiga atau empat nama dan tidak sama seperti rakyat biasa, mereka tidak menggunakan nama keluarga sebaliknya menggunakan nama gelaran yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, anak sulung Putera William adalah George Alexander Louis dari Cambridge dan di Sweden, pewarisnya diberi nama Puteri Estelle dari Sweden, Duchess of   Östergötland. Manakala, Putera Monaco dan isterinya telah menamakan salah satu anak kembar mereka sebagai Jacques Honoré Rainier Grimaldi.

Di England, selepas seorang pewaris dilahirkan, rakyat akan menunggu di luar hospital untuk membuat pertaruhan pada nama bayi yang akan dipilih oleh kerabat diraja. Nama anak ketiga Putera William diumumkan dua hari selepas dia dilahirkan. Putera William pernah berkata dia ingin menamakan anaknya sebagai Jack tetapi hasilnya ialah Louis, yang membawa maksud, “terkenal dalam pertempuran” atau “pahlawan terkenal.”

Hadiah Untuk Putera dan Puteri

Saudara-mara atau teman rapat dibenarkan untuk memberikan hadiah kepada putera atau puteri yang dilahirkan. Sebagai contoh, Puteri Sepanyol telah menerima gelaran Lady of Order of the Golden Fleece pada hari jadinya yang ke-10. Carol Middleton telah memberikan cucunya seekor kuda belang dengan peralatan menunggang kuda dan datuknnya, Putera Charles, telah memberikannya sebuah rumah mudah alih yang bernilai 18,000 pound serta sebuah Aston Martin. Selain Aston Martin, Putera George mempunyai banyak koleksi kereta mewah hasil pemberian keluarga dan teman rapat antaranya Volkswagen GTI daripada bapanya, Range Rover daripada pasangan Beckhams, Jaguar daripada Makciknya, Pippa Middleton, Bugatti daripada Beyonce dan Jay-Z, tiga kereta Rolls-Royce dari Hellen Mirren, Elton John dan Paul McCartney. Dia juga menerima sebuah kereta daripada Justin Bieber dan bekas presiden Amerika Syarikat, George Bush.

Sudah tentu, anak kerabat diraja menerima hadiah pada hari lahir mereka. Pewaris Bulgaria telah meniup lilin kecil yang diletakkan pada kek gergasi ketika usianya satu tahun. Puteri Charlotte pula telah menerima ucapan tahniah daripada 64 negara dan sehelai selimut dari Australia yang dibuat daripada bulu merino Tasmania, satu set patung sutera dari China dan poster Puteri Salju dan Tujuh Orang Kerdil (1937) yang menelas kos sebanyak 200,000 USD. Pewaris takhta ini juga turut menerima hadiah daripada rakyat mereka. Seperti rakyat Monaco yang telah membelikan sebuah pin jenama Cartier dan jam tangan untuk anak kembar itu dan pesara dari Hospital Royal Chealsea turut menyampaikan patung mainan kepada anak Putera William. Kerajaan  Östergötland, di mana Puteri Estelle akan menjadi permaisuri suatu hari nanti telah memberikan loket berlian yang melambangkan negara itu.

Cara Berpakaian

Keluarga Diraja Sepanyol adalah lambang kepada keanggunan. Puteri Leonor dan Sofia sering muncul di depan umum memakai pakaian yang sepadan. Di samping mereka adalah ibu bapanya, Raja Philipp V1 dan Permaisuri Letizia juga selalu kelihatan sempurna. Di England, Putera George sepatutnya memakai seluar pendek sebelum umur 8 tahun tetapi secara keseluruhan, pakaiannya kelihatan seperti bapanya. Gaya adiknya, Puteri Charlotte dan ibunya juga kelihatan sepadan.

Aktiviti Harian

Dalam keluarga Diraja, kebanyakan ibu bapa bersetuju bahawa sukan, permainan dan menunggang basikal adalah lebih baik untuk anak mereka daripada menghabiskan masa dengan menggunakan gajet, Sebagai contoh, tiga puteri Belanda, Amalia, Alexia dan Ariane suka berjalan dan bermain di pantai dengan anjing perliharaan mereka. Keluarga diraja Belgium pula suka bermain ski.

Di England pula, keluarga diraja mempunyai peraturan ketat untuk tidak bermain dengan gajet sama sekali. Permainan yang dibenarkan adalah mainan yang boleh mengembangkan imaginasi dan pemikiran logik mereka seperti kereta mainan, anak patung, kiub atau haiwan boneka.

Cara Membesarkan Pewaris Takhta

Keluarga diraja banyak menghabiskan masa bersama untuk memainkan peranan yang besar dalam memperkasakan hubungan mereka. Anak daripada kerabat diraja akan diajar membaca, pergi ke pameran dan teater dan menghadiri kelas etika tetapi mereka boleh bermain di dalam rumah. Mereka juga dididik untuk menghormatik orang lain dan itulah sebabnya mereka akan menyusun mainan, mengemas katil sendiri dan turut membantu melakukan tugas harian. Contoh, Puteri Estelle dari Sweden suka membantu ibu dan ayahnya membuat kek untuk Krismas.

Di Norway, keluarga diraja perlu mengikuti peraturan yang ketat sejak usia yang sangat muda. Oleh kerana itu, Puteri Ingrid memberi ucapan pertamanya pada usia enam tahun dan pada 12 tahun, dia diamanahkan dengan perasmian pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Belia pada tahun 2016.

Hak Mewarisi Takhta Dari Negara Berbeza

Hak mewarisi takhta adalah topik yang sangat penting dalam keluarga diraja. Sebagai contoh, Putera Jacques adalah pewaris takhta di Monaco walaupun Puteri Gabriella dilahirkan lebih awal. Manakala di Denmark, kedudukan Putera Vincent lebih tinggi daripada kembarnya kerana dia dilahirkan 26 minit lebih awal.

Di Jepun pula, pewaris perempuan tidak boleh menjadi waris. Oleh kerana itu, cucu Maharaja Akihito, Putera Hisahito adalah pewaris takhta walaupun dia anak kepada adik Putera Mahkota Jepun. Jika anda ingin lihat senarai pewaris takhta seluruh dunia, anda boleh klik sini.

15 Kanak-Kanak Yang Bakal Memerintah Negara>>

Tugas Sebagai Pewaris Takhta

Kehidupan kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga diraja adalah sangat berbeza dengan kanak-kanak yang lahir dalam keluarga biasa. Pada usia yang sangat muda, mereka sudah mempunyai peranan dalam negara dan hal ehwal luar negara. Sebagai contoh, Putera Jacques lebih banyak menghabiskan masanya dengan menemani ibunya dalam perjalanan ke negara lain. Puter Maghrini, Moulay Hassan telah melawat mesyuarat rasmi dengan bapanya sejak berusia 10 tahun.

 

The post 8 Fakta Mengenai Kanak-Kanak Yang Lahir Dalam Keluarga Diraja appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment