Selepas #Kikichallenge tular dan menjadi ikutan hampir segenap dunia, kini, #Delechallenge pula menjadi trend baru di media sosial. Trend ini menjadi ikutan ramai yang dicetuskan daripada pemain bola sepak pasukan Tottenham Hitspurs, Dele Alli.
Sebuah foto #Delechallenge lelaki ini telah mendapat perhatian ramai di laman Twitter apabila netizen mempertikaikan kebolehannya itu. Lembutnya jari dia boleh lentik, sangat luar biasa!
Jari lembut dan lentik
Menerusi mStar Online, Fathi Anwar tidak menyangka foto itu menjadi tular dan mendapat perhatian ramai netizen. Malah, dia turut memuatnaik foto itu dengan versi tersendiri dan kapsyen ‘RIP Dele Alli Challenge’.
Ada kawan hantar gambar Dele Challenge yang asal, saya pun cuba tiru. Tak sangka ia terus menjadi dengan sekali percubaan sahaja. Selepas mereka tengok gambar tu, kawan saya bergurau cakap mungkin jari saya cacat, sebab tu boleh buat. Saya pun tak tahu saya boleh buat macam tu, ia mungkin senang jika memiliki jari yang lembut dan lentik.
Tak perlu ambil serius
Ada segelintir netizen anggap trend jari ini simbolik kepada dajjal. Namun, Fathi Anwar hanya menganggap #Delechallenge hanya satu hiburan ringan saja.
Jadikan perkara macam ni sebagai aktiviti sampingan harian sahaja. Boleh buat pada masa rehat bekerja untuk boost up balik kerja-kerja seterusnya. Tak salah pun main benda macam ni asal jangan sampai lupa tujuan hidup kita sebagai hamba Allah.
Simbol jari tu tak ada maksud terselindung pun, ia terpulang atas persepsi masing-masing, ia untuk suka-suka sahaja. Tak perlu ambil serius.
Artis buat juga
Sumber: mStar
0 comments :
Post a Comment