Resipi Sup Ayam Dan Kubis Bunga

Jika anak anda demam dan selesema, pastinya mereka akan hilang selera makan. Oleh itu, hidangan seperti sup atau bubur adalah sesuai untuk mengisi perut mereka. Ini Jelita kongsikan resipi sup ayam dan kubis bunga untuk anda cuba.

resipi sup ayam dan kubis bunga

Gambar Hiasa: Shutterstock

Bahan:

  • 500 g kubis bunga
  • 200 g isi ayam
  • 100 ml krim
  • 50 g daging salai
  • 80 g kacang hijau
  • Satu hingga dua ulas bawang putih
  • Garam dan lada hitam
  • Dua sudu minyak zaitun

Cara Menyediakannya:

  1. Rebus isi ayam sehingga masak, buang air rebusan dan potong dalam kepingan kecil. Rebut kubis bunga. Sediakan sekitar 100 ml sup.
  2. Letakkan kubis bunga dan ayam ke dalam pengisar bersama dengan sup, tambahkan garam dan kisar sehingga sebati.
  3. Panaskan krim, tetapi tanpa mendidih, kemudian campurkan dengan puri yang dikisar tadi. Potong bawang putih dan daging salai kepada kepingan kecil.
  4. Masukkan daging salai ke dalam kuali dengan minyak zaitun dan goreng. Masukkan bawang putih selepas tiga minit, biarkan selama dua minit lagi, kacau sekali-sekala. Masukkan kacang hijau dan biarkan selama dua minit. Kacau lagi.
  5. Tuang sup ke dalam mangkuk dan letakkan daging salai dan kacang goreng di atas.
Resipi: Brightside.me

The post Resipi Sup Ayam Dan Kubis Bunga appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment