Sebagai generasi era digital, kanak-kanak adalah sebahagian daripada pengguna media sosial masa kini. Mereka gemar memuat naik kehidupan seharian mereka di platform seperti Facebook dan Instagram. Walau bagaimanapun, kecenderungan mereka untuk berkongsi sesuatu di media sosial akan mendedahkan mereka kepada risiko siber yang merangkumi daripada buli siber, ketagihan permainan video, perjumpaan luar talian dan gangguan seksual dalam talian.
Apabila ia melibatkan anak anda, ibu bapa memainkan peranan sebagai penjaga atau gatekeeper yang membataskan pendedahan risiko kepada anak. Bagaimanapun, adakalanya ibu bapa sendiri tidak sedar bahawa mereka juga boleh mendedahkan anak mereka kepada jenayah siber. Dalam kajian yang dijalankan oleh McAfee, menunjukkan bahawa sesetengah ibu bapa tidak menyedari bahaya kandungan yang dimuat naik di media sosial dan bagaimana maklumat mengenai anak anda yang dikongsikan di media sosial boleh diakses oleh pedofilia, buli siber atau pencurian identiti. McAfee juga mendapati bahawa terdapat ibu bapa yang masih memuat naik gambar bersama anak dengan maklumat peribadi walaupun sedar akan akibatnya.
Oleh itu, Jelita kongsikan tip untuk ibu bapa memuat naik gambar dengan selamat di media sosial.
Berhati-hati Dengan Penandaan Geo
Kebanyakan rangkaian sosial akan menandakan lokasi pengguna apabila foto dimuat naik. Ibu bapa perlu pastikan ciri ini dimatikan untuk mengelakkan pendendahan lokasi merkea. Ini amat penting apabila menghantar foto jauh dari rumah.
Kuncikan Tetapan Peribadi (Privacy)
Ibu bapa hanya boleh berkongsi foto dan apa sahaja di media sosial dengan mereka yang rapat sahaja. Media sosial seperti Facebook dan Instagram mempunyai ciri yang membolehkan gambar atau status dikongsi dengan hanya rakan yang disahkan tetapi semua yang dipaparkan di rangkaian sosial harus diperlakukan seolah ia dilihat oleh awam.
Tetapkan Peraturan Dengan Rakan, Keluarga Dan Anak
Berterus-terang dengan rakan dan keluarga mengenai garis panduan semasa berkongsi gambar di media sosial. Peraturan ini dapat membantu untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini di mana ahli keluarga yang lain telah berkongsi gambar anak tanpa kebenaran dan sebagainya. Jangan lupa bahawa peraturan asas ini juga harus diguna pakai kepada ibu bapa untuk melindungi anak dariapda rasa malu, bimbang atau buli siber.
Gunakan Perlidungan Daripada Kecurian Identiti
Oleh kerana bilangan pelanggaran data yang dilaporkan terus meningkat, begitu juga dengan kemungkinan jenayah identiit. Penyelesaian perlindungan kecurian identiti seperti McAfee Identity Theft Protection boleh membantu para pengguna secara proaktif untuk melindungi identiti mereka dan memastikan maklumat peribadi mereka dilindungi daripada penyalahgunaan.
The post Penggunaan Media Sosial, Bagaimana Ibu Bapa Boleh Melindungi Anak? appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment