Sabtu lalu, 4 Ogos menyaksikan detik yang tidak mungkin akan dilupakan semua peminat Ruffedge dengan berlangsungnya konsert ulang tahun ke-20 kumpulan ini. Bertempat di KL Live, konsert terulung ini cukup meriah dengan kehadiran beribu peminat setia mereka, apatah lagi persembahan kali ini lengkap dengan enam anggota kumpulan Ruffedge. Cat Farish, Sein, Azan, Mode, Amer dan Zain memiliki aura tersendiri dan ternyata masih berbisa!
Lagu & Suara yang Dirindukan
Konsert dibuka dengan persembahan lagu rancak berjudul Da Bomb yang berjaya menghangatkan suasana, diikuti dengan lagu kegilaan ramai iaitu Tiada Lagi Cinta, Babygirl, Rufflove, Kaseh & Percaya, Kerinduan, Lelaki, Secebis Kepercayaan, Berkenalan, Tipah Tertipu, Lemas, Kerna, Bila Rindu, Saat Bahagia dan Khayalan.
Ruffedge juga mendendangkan single terbaru mereka bertajuk Seperti Mereka yang ditulis khusus untuk mengingatkan orang ramai agar kembali menghargai kasih sayang sebenar sesama ahli keluarga.
Tidak cukup dengan itu, mereka turut mengundang Nine Phyne Ballerz, Jaclyn Victor dan Pot Innuendo untuk menyanyi bersama serta memeriahkan lagi konsert sulung Ruffedge ini.
Konsert hebat ini dianjurkan oleh MRS Production & KLP Creative dan menerima arahan konsert oleh Jennifer Thompson serta arahan muzik oleh Dato’ Acis dengan sembilan pemuzik.
Ruffedge seterusnya bakal mengadakan konsert pada 6 Oktober 2018, 8.30 malam di ZEPP at BIG BOX, Jurong East Singapura. Tiket mula dijual di www.myticket.asia pada 6 Ogos 2018.
The post Konsert Ruffedge Ubati Kerinduan Peminat appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment