Kerana Komen ‘Cikgu Handsome’, Akhirnya Pelajar & Gurunya Ini Disatukan

Kalau sebelum ini viral kisah seorang guru perempuan berkahwin dengan pelajarnya sendiri. Bermula hanya pandangan pertama di kantin sekolah, siapa sangka akhirnya mereka diijabkabulkan. Betullah cakap orang, kalau dah jodoh, tak kemana.

Kali ini seorang cikgu fizik pula bertemu jodoh dengan pelajar tuisyennya. Kisah yang tular di laman twitter pada Isnin lalu itu dimuat naik sendiri oleh guru berkenaan, Muhammad Shamsul Bahari Abdul Rani. Agaknya memang cikgu fizik berjodoh dengan pelajar ye?

Saksikan Cikgu Fizikku, Suamiku di TV3

Mendapat lebih 10k retweet, status itu menjadi perhatian ramai yang rata-ratanya tumpang gembira dengan perkongsian itu. Menerusi Mstar, pelajar tersebut yang kini sudah menjadi isterinya mengikuti kelas tuisyen Muhammad Shamsul Bahari sewaktu berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.

Selepas empat tahun itu barulah mereka berkenalan secara rapat apabila Intan Syazwani Mohd Hairizan mengikuti guru tersebut di Instagram pada awal tahun ini.

Add di Instagram

Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang. Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain.

Menurutnya lagi, pada awalnya dia tidak mengenali Intan Syazwani kerana wajah gadis tersebut tampak berbeza berbanding sebelum ini.Bibit-bibit perkenalan mereka bertambah mekar selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas pesanan pada Instastory guru fizik tersebut tentang azam tahun baharunya.

Tambahnya lagi, gadis itu membalas: “Cikgu, ‘handsome’pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.

Dia penyayang

Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat. Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang (layan) sedikit.

Pasangan tersebut diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.

Sumber : Mstar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment