Bercuti di luar negara sememangnya menyeronokkan namun ia juga boleh manjadi mimpi ngeri terutama sekali jika kehilangan barangan peribadi. Paling menakutkan kalau kehilangan pasport. Jika situasi kehilangan pasport berlaku, apa yang perlu anda lakukan? Perkara pertama sekali adalah jangan panik. Cuba bertenang kerana jika anda panik, itu tidak akan membantu anda sama sekali. Cuba langkah yang Jelita kongsikan ini jika kehilangan pasport sewaktu bercuti di luar negara.
Buat Laporan Polis
Jika anda yakin kehilangan paspirt adalah disebabkan oleh kecurian, pastikan anda tanganinya dengan pantas untuk mengelakkan kes kecurian identiti. Pergi ke balai polis berekatan untuk memfailkan laporan. Pengesahan bertuis ini tidak wajib namun ia boleh mengelakkan sebarang masalah seperti penglibatan dalam kes jenayah.
Hubungi Dengan Kedutaan Atau Konsulat
Cari kedutaan yang terdekat untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai situasi anda. Berikan butiran perjalanan anda dengan jelas jika anda mempunyai rancangan untuk kembali ke Malaysia, kerana ia melayakkan anda untuk mendapatkan pasport kecemasan. Dokumen ini biasanya akan dikeluarkan dalam masa 24 jam dan ia dapat mengeluarkan anda dari negara tersebut dengan cepat tetapi pasport ini hanya sah untuk tempoh masa yang terhad. Setelah anda pulang, anda perlu memohon pasport penuh yang baharu. Jika anda masih mempunyai masa beberapa lagi untuk bercuti anda akan diarahkan untuk mempebaharui pasport secara normal. Ini biasanya akan mengambil masa beberapa hari.
Bawa Semua Dokumen Yang Diperlukan
Untuk menjimatkan masa, pastikan anda pergi ke Kedutaan dengan membawa semua dokumen yang diperlukan. Ini termasuklah gambar pasport ( hubungi kedutaan untuk ketahui tempat terbaik untuk membuatnya), lesen memandu, cetakan tiket perjalanan, yuran dan laporan polis (jika anda ada membuatnya)
The post Ikuti Langkah Ini Jika Kehilangan Pasport Sewaktu Bercuti Di Luar Negara appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment