Kemunculan selulit pada tubuh buat anda kurang yakin? Cuba beberapa remedi yang mungkin boleh bantu hilangkannya.
[caption id="attachment_119130" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]
Gambar: ingimage
Ramai wanita kini yang berperang dengan masalah selulit. Kemunculan selulit dibawah kulit akibat proses rembesan lemak yang terbentuk sukar untuk dielakkan dan boleh terjadi kepada sesiapa saja. Malah ramai yang tertekan dan cukup segan dengan pembentukan selulit seolah kulit limau terutama di bahagian paha dan perut. Oleh kerana keunikan pembentukan kulit pada kaum wanita berbanding lelaki yang kurang kebarangkalian mempunyai selulit, maka banyak juga krim dan pelbagai khidmat menghilangkan selulit dipasarkan.
Namun ramai yang kecewa kerana bukan selulit yang hilang sebaliknya duit yang terbang dan masalah kulit yang menghantui ini masih “melekap” pada tubuh. Bukan mudah untuk hapuskan selulit tetapi anda boleh cuba ubah gaya hidup yang sebenarnya antara faktor penyumbang kepada terjadinya selulit. EH! berkongsi petua mudah yang boleh anda praktikkan mulai hujung minggu ini tanpa perlu menghabiskan duit yang banyak.
Minum banyak air
Kunci kepada mengurangkan selulit adalah dengan pengambilan banyak cecair untuk badan membersihkan segala toksin. Minum 2 hingga 3 liter air sehari untuk lebih berkesan. Pertingkatkan keupayaannya dengan menambah lemon dalam minuman.
The post Empat Kaedah Ini Paling Berkesan Atasi Masalah Selulit appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment