Baru-baru ini, penyanyi Aishah menerusi laman Instagram mendedahkan masih belum menerima hadiah berupa sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya dalam sebuah rancangan realiti. Malah, barangan kemas yang ditaja juga didakwa palsu.
Artikel berkaitan: Sudahlah Hadiah Tanah Tak Dapat, Barangan Kemas Pula Fake?
Penganjur program ketika dihubungi mStar Online memberi respon ini.
Mungkin terdapat salah faham
Ketika dihubungi, jurucakap Astro memberitahu pihak penaja ada meminta sedikit masa untuk menyelesaikan isu penyerahan lot tanah yang timbul. Malah, besar kemungkinan juga terdapat salah faham di antara pihak penaja dan pemenang.
Kami difahamkan pihak penaja (Bina Megah Empire) telah meminta sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit berhubung hadiah penajaan yang berupa tanah lot banglo.
Besar kemungkinan terdapat sedikit salah faham di antara pihak penaja dan pemenang dari segi tempoh masa untuk melunaskan bahagian mereka dalam perjanjian penajaan tersebut.
Mengenai barang kemas, lebih baik tanya penaja
Mengenai barangan kemas yang didakwa tiada nilai pula, pihak Astro enggan mengulas lanjut dan mahu soalan tersebut ditanyakan sendiri kepada pihak penaja.
Adalah lebih baik jika soalan itu ditujukan kepada pihak penaja dan kami enggan mengulas lanjut.
Namun, menurutnya lagi hadiah lain yang dimenangi seperti wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur serta baucer beli belah sudah diterima Aishah.
Sumber : mStar Online
0 comments :
Post a Comment