Jenama pakaian dalam yang seksi dan terkenal di dunia akan memperluaskan jenamanya di peringkat global dengan pembukaan butik pelbagai jenis yang pertama di Malaysia dengan kerjasama bersama Valiram.
Butik Victoria Secret yang terletak di Mid Valley Megamall dijangka akan dibuka pada bulan Oktober 2018. Butik tersebut akan menampilkan pelbagai koleksi pakaian dalam daripada Victoria’s Secret teramasuk Body by Victoria, Very Sexy
, Dream Angels
, Bombshell
, koleksi baju-T serta pakaian dalam sukan jenama terkenal itu.

Gambar: TPGimage
Di samping menjual koleksi pakaian dalam jenama ini, turut dijual dalam butik ini adalah koleksi penjagaan badan serta haruman yang sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tidak hanya itu, butik ini turut menjual Victoria Secret PINK iaitu koleksi baju dalam, seluar dalam dan baju santai yang mensasarkan pembeli dari kalangan pelajar universiti.
The post Butik Pakaian Dalam Victoria Secret Yang Pertama Akan Tiba Di Malaysia appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment