‘Ya, Saya Kenal Wanita Itu Di Sana.. Saya Layan Dia Seperti Orang Lain’

Semalam viral di laman sosial gambar mesra pelakon kacak Zul Ariffin bersama seorang gadis Ukraine. Gambar berkenaan mendapat perhatian ramai sehingga ada desas desus mengatakan wanita itu merupakan kekasih baru pelakon tersebut.

Menerusi Astro Gempak, Zul Ariffin menjelaskan siapa gadis cantik yang bersamanya di Thailand awal Julai lalu.

‘Tak ada komen’

Ketika ditemubual wartawan Astro Gempak, Zul Ariffin tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai hal ini. Beliau juga enggan memberi sebarang komen kerana baginya orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum.

Tak ada lah, mana ada. Saya bercutilah, saya pergi training. Tak ada apapun, saya tiada komen berhubung perkara itu.

Benda mudah, kalau saya berkata sesuatu orang akan meletakkan pelbagai tanggapan dan menghukum saya, perkara baik atau buruk tak membezakan apa-apa.

Jadi saya hanya biarkan apa yang mereka hendak fikirkan dan akan terus berdiam diri sebab kalau saya komen kiri atau kanan tak ada bezanya. Mereka tak tahu apa-apa jadi mereka akan terus membuat pelbagai tanggapan.

‘Saya layan dia seperti orang lain’

Namun, Zul mengakui mengenali wanita berkenaan ketika menjalani latihan mempertahankan diri bersama jurulatih antarabangsa di sana. Mengenai nama ‘Zul’ yang ditulis pada jari pula, beliau sendiri tidak menyangka wanita tersebut akan berbuat sedemikian.

Ya, saya kenal wanita itu di sana ketika menjalani latihan bersama-sama. Saya layan dia seperti orang lain.

Inai sajalah, saya tak sangka dia akan berbuat sedemikian.

Walaubagaimanapun pelakon filem Hantu Kak Limah ini enggan mengulas lanjut mengenai identiti wanita Ukraine tersebut.

Sumber : Astro Gempak

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment