Bintang K-pop Highlight Duta Terkini SPAO Malaysia

highlight spao

SPAO X HIGHLIGHT kini eksklusif di Malaysia. Dari kiri: Yong Junhyung, Lee Gikwang, Son Dongwoon, Yang Yoseob dan Yoon Doojoon.


 
Sekian lama peminat berspekulasi akhirnya tanggal 1 Ogos 2018, jenama rangkaian busana dari Korea SPAO di Malaysia telah mengumumkan kumpulan K-pop Highlight sebagai duta terbaru mereka. Kumpulan yang dianggotai oleh Yoon Doojoon, Yong Junhyung, Yang Yoseob, Lee Gikwang dan Son Dongwoon ini telahpun mengadakan fotografi kempen musim luruh/dingin 2018 di Seoul baru-baru ini. Wajah mereka sudahpun terpampang di butik SPAO yang terletak di Parkson Elite Pavilion, IOI City Mall, Sunway Velocity Mall dan juga Paradigm Mall Johor Bahru.
 
Dikenali sebagai kumpulan Beast sebelum ini, Highlight tampil lebih berkeyakinan dengan penubuhan syarikat mereka sendiri selain dari aktif melancarkan album kumpulan dan album solo ahli kumpulan. Masing-masing turut mengembangkan bakat dalam bidang lakonan yang mana Yoon Doojoon sedang menjalani penggamaran drama Let’s Eat 3, Yong Junhyung dalam drama Coffee, Do Me A Favour dan Lee Gikwang dalam drama Lovely Horribly. Sementara Yang Yoseob dan Son Dongwoon turut sibuk mengendalikan program radio masing-masing.
 
highlight spao
 
Highlight yang juga sering dijemput untuk pelbagai program tv realiti dan hiburan mempunyai latar kerjaya yang bersih sejak mereka mula menjejakkan kaki dalam dunia k-pop pada 2009. Antara kumpulan k-pop yang paling berpengaruh, lima anak muda ini cukup dikenali dengan gaya hebat mereka menjadikan Highlight bintang paling sesuai sebagai duta SPAO yang menawarkan rangkaian kasual, formal, gaya sukan serta aksesori.
 
highlight spao
 
Ternyata berita dari SPAO ini membuatkan peminat Highlight yang dikenali dengan panggilan Lights terutama di Malaysia gembira dan mula berkunjung ke cawangan SPAO berdekatan untuk miliki koleksi terbaru SPAO mahupun “bergambar” dengan idola mereka melalui poster kempen yang diletakkan di sekitar butik.
 
Walaupun kumpulan yang popular dengan lagu Fiction, Beautiful Night, On Rainy Days, Shadow, Good Luck serta hit terbaru mereka dibawah nama Highlight seperti Plz Don’t Be Sad, Can Be Better & Calling You; tidak berada di Malaysia dalam waktu terdekat, tentunya peminat menanti kehadiran mereka satu hari nanti bersama SPAO. Buat masa sekarang, Lights boleh lepaskan rindu dengan berkunjung ke butik SPAO atau tonton semula klip video mereka ini.

 

 

 

The post Bintang K-pop Highlight Duta Terkini SPAO Malaysia appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment