Kekal Cantik & ‘Fresh’ Sepanjang Masa, Scha Alyahya Kongsi Tips Yang Tak Ramai Orang Tahu

Umum mengetahui pelakon Scha Alyahya seorang yang aktif, ceria dan bertenaga biarpun jadual hariannya sarat dengan penggambaran dan menghadiri acara bersama selebriti terkenal tanah air yang lain.

Selain menyediakan keperluan untuk suaminya, Awal Ashaari dan puteri sulungnya, Lara Alana, bintang siri TV Awan Dania ini tampak cantik walau di mana saja dia berada…

Kadang-kadang kami terfikir, apa rahsia Scha kekal cantik dan ‘fresh‘ sepanjang masa? Terserempak ketika tayangan filem perdana Mission: Impossible – Fallout bersama Bio-essence di MBO, The Starling Mall, Petaling Jaya baru-baru ini, kami ‘korek’ rahsia kejelitaan beliau…

Amal 4 langkah penting setiap hari

Scha berkata, beliau mengamalkan 4 langkah penjagaan kulit wajah setiap hari untuk memastikan ia sentiasa kelihatan segar. Selain itu, beliau juga selalu membawa air kosong bersamanya bagi memastikan kulit sentiasa terhidrat dan satu produk wajib di dalam beg tangannya. Apa agaknya tu?

“Scha selalu praktis supaya basuh muka sebelum keluar atau selepas pulang dari mana-mana. Kedua, Scha akan rajinkan diri untuk scrub kulit muka supaya tiada kotoran melekat. Ketiga, Scha wajib lembapkan muka dengan moisturiser. Keempat, wajib pakai sunblock selalu.

“Memandangkan negara kita ni cuaca tak menentu, kejap panas, kejap hujan lepas tu panas terik tapi tiada angin. Jadi saya selalu bawak sunblock dalam beg tangan dan air kosong kalau pergi shooting atau mana-mana,” katanya.

Dapatkan keremajaan kulit wajah dengan Bio-essence

Selain tips di atas, korang mesti tertanya-tanya takkan tu je tips yang Scha amalkan? Kata Scha, sebenarnya dah 10 tahun dia mengamalkan produk Bio-essence yang dipercayai sesuai dengan kulit orang Asia. Malah, Scha turut menyarankan korang semua untuk memulakan penjagaan kulit muka dari awal.

“Bila korang start jaga kulit muka dari awal, korang boleh prevent banyak masalah kulit. Antaranya, kedutan yang mana menjadi masalah paling ditakuti wanita. Jadi rajin-rajinkanlah untuk memulakan rejim penjagaan kulit dari awal.

“Jujur Scha kata Bio-essence bukan saja membantu mengurangkan kedutan, malah meremajakan kulit, mengelakkan kulit kusam dan menghilangkan garis-garis halus. Antara yang Scha suka guna adalah Bio-Gold Golden Ratio Double Serum. Korang trylah!,” katanya.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment