#AnaSuggest – 10 Sebab Mesti Bercuti Di Club Med Tomamu Pada Musim Panas Ini

Musim panas kali ini Club Med Tomamu julung kalinya membuka pintu untuk pengunjung menikmati keindahan semula jadi di sekitar pergunungan yang terkenal dengan aktiviti ski kala musim salju.

 

 

Terletak di sebuah pulau paling utara di Jepun, Hokkaido terkenal dengan gunung berapi, kolam air panas semula jadi yang turut dikenali sebagai onsen dan pergunungan ski di mana ia dikatakan mempunyai salji putih yang paling halus di dunia.

 

Club Med Tomamu telah dibuka buat pertama kali buat pengunjung pada Disember tahun lalu. Kini, ia mengalu-alukan kehadiran pengunjung untuk merasai pengalaman musim panas pula di sini. Sempena pembukaannya kali ini, EH! telah diterbangkan secara eksklusif menerusi penerbangan AirAsia terus ke Sapporo untuk menikmati setiap apa yang ditawarkan pada musim ini. Apa yang boleh saya katakan, liburan hangatnya berbeza 360 darjah.

 

Umum tahu, Club Med merupakan sebuah hotel ternama di dunia yang berkonsepkan all-inclusive di mana harga yang ditawarkan termasuklah penginapan, makan dan minum serta aktiviti yang cukup mengujakan. Tidak dinafikan yang mana percutian anda di Club Med sememangnya tidak akan pernah membosankan kerana ia lengkap serba serbi dengan segala kemudahan dan aktiviti yang mampu buatkan percutian anda lebih bermakna.

 

Kala saya berada di sini, saya turut berkesempatan untuk menemu bual Chief de Village untuk Club Med Tomamu iaitu Merlin Chelliah yang berasal dari Singapura. Menjadi tanda tanya bagi saya kenapa Club Med Tomamu hanya dibuka untuk dua musim sahaja iaitu untuk musim sejuk dan panas, sedangkan di Club Med lain di dunia dibuka sepenuhnya untuk pengunjung, Merlin menjelaskan,”Ia kerana selepas musim salji, keadaan cuaca masih agak sejuk dan permukaan bumi di sini masih lagi basah kerana hujan setiap hari dan ia menyukarkan untuk pengunjung melakukan aktiviti.”

 

“When you come to Club Med, you don’t stay only at the hotel. You need to explore, identify our must try experiences that we offer. It’s good the way right now because in the same time it’s school holidays around the world.”

 

Merlin turut menekankan agar pengunjung mencuba tiga perkara ini iaitu Mountain Academy, Trapeze dan Mina-Mina Beach. Pabila saya bertanya apakah kelebihan Club Med Tomamu berbanding Club Med lain, ujarnya, “During winter season of course because of the snow, but in the summer I can say because of the view, you know that we at the mountains area. Most of the Club Med are located at the beach location and I love the beach personally. Sand, sun and sea are almost everywhere around the world. Mountains scenery to be in the fresh air (especially today with pollution everywhere), so with these fresh air and beautiful nature, you’ll find peace in the mountain, very healthy living lifestyle.”

 

 

 

Tambahnya lagi, “Number 2 is we have a digital value where we can see all our products trendy and vibrant. Close to our customer and yet we respect their privacy as you can see a very large space as you can be by yourself and nobody will disturb you or you can be by yourself but everybody realizes that you are there. So I like this privacy but yet trendy and insider and vibrant. You can only see in Club Med Tomamu. The design is so unique.”

 

Jadi, di sini saya senaraikan 10 sebab kenapa anda mesti bercuti di Club Med Tomamu kala musim panas tiba.

Mountain Biking

 

 

Antara aktiviti Mountain Academy yang patut cuba kala menikmati musim panas di sini. Sambil berbasikal anda akan dapat menghirup udara segar serta melihat panorama indah hutan pine di pergunungan ini. Anda boleh memilih route sama ada beginner atau pun intermediate mengikut kemampuan anda. Bahkan, perjalanan anda turut akan ditemani Gentil Organisateur (G.O). Sepanjang kayuhan saya dan media lain dari Malaysia untuk route beginner, kami dapat melihat padang hijau luas, pergunungan yang tersergam indah, bahkan sempat singgah di kawasan kambing biri-biri serta kuda.

The post #AnaSuggest – 10 Sebab Mesti Bercuti Di Club Med Tomamu Pada Musim Panas Ini appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment