Jelita Edisi Julai Tampilkan Datin Alyah & Faezah Elai

Wanita Muslim dan hijab, sukar dipisahkan. Justeru, Jelita edisi ini khusus buat anda yang kini menjadikan item penting ini sebahagian daripada busana pelengkap peribadi anda.

 

 

Menghiasi lembaran muka depan, dua wanita jelita, Datin Alyah dan Faezah Elai yang memiliki personaliti cukup tersendiri, berkongsi kisah terkini dan cabaran sebagai srikandi Muslimah dalam dunia hiburan tanah air. Lihat sendiri aksi menawan kedua-dua personaliti menawan ini dalam helaian Muka Depan kali ini.

Dengan lambakan jenama hijab di pasaran, mungkin ada yang tertanya sama ada ianya indah khabar daripada rupa. Oleh itu, Jelita kembalikan Anugerah Pesona HIjab 2018 bagi mengadili, melihat, membelek dan kemudiannya mengiktiraf jenama hijab paling berkualiti yang boleh anda dapatkan selepas ini. Lihat kolum Pesona Gaya untuk menyaksikan barisan jenama hijab yang telah diiktiraf terbaik di pasaran.

Helaian tudung bukan sekadar penutup aurat. Bagi yang masih bersisi moden, anda boleh pelbagaikan penggunaannya mengikut personaliti masing-masing. Malah, kami suai padankan dengan solekan paling praktikal yang anda boleh gayakan setiap hari. Selak halaman Pesona Solekan yang dibawakan secara khas bersama Chanel Malaysia.

Santapan Jiwa bulan ini mengetengahkan isu amalan yang mampu buat iblis menangis yang pasti ramai tertanya-tanya. Ikuti pula isu mengenai menjatuhkan talak menerusi komunikasi moden – Whatsapp atau mesej teks yang kian menjadi-jadi ketika ini. Semua ini dan banyak lagi dalam Jelita edisi Julai.

The post Jelita Edisi Julai Tampilkan Datin Alyah & Faezah Elai appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment