Aroma Segar Lebaran

Teks : Razin Mohd

 

Mengekalkan keharuman sepanjang lebaran sudah pasti jadi keutamaan baik lelaki mahupun wanita. Di dalam bekas kompak mudah bawa, Cerchio Perfumes tampil dengan rangkaian haruman tepat buat anda dan si dia!

 

 

Item yang sinonim dengan perayaan ini tampil dalam bekas yang mudah bawa, ringan dan boleh disembur pada bila-bila masa. Tidak kiralah buat lelaki atau wanita, item ini pasti ada di dalam tas tangan tidak kira ke mana sahaja kunjungan anda lebaran ini. Jenama haruman Cerchio membariskan wangian dalam bekas 18 ml dalam harga yang berpatutan RM18.87 setiap satu!

 

Setiap haruman yang dihasilkan menyerlahkan identiti yang berbeza-beza dengan bahan-bahan yang berkualiti, jenama Cerchio ini mahu anda terokai haruman yang mewah, sensual dan segar dalam satu bekas bergaya ideal untuk dibawa ke mana-mana. Menambah keistimewaan raya anda tahun ini EH! senaraikan beberapa pilihan semburan yang bakal jadi kegemaran anda.

 

*Eksklusif di Guardian

KHAS BUAT LELAKI

 

Cerchio Men ‘Chromatic’

 

 

Menyerlahkan  karakter bertenaga dengan haruman sitrus dan nyaman, haruman ini dihasilkan bersama gabungan aroma sitrus bersama elemen terapeutik yang seterusnya memberi aura yang lebih menenangkan tanpa bau yang terlalu kuat. Pewangi Cerchio Men Chromatic ini tampil dengan nota atas buah nenas, lemon, bergamot dan neroli buat nota atas manakala jasmin, oakmoss, coriander dan cyclamen buat nota tengah. Haruman nota asas musk. Cedar, sandalwood pula memberi aura yang segar pada si pemakai.

The post Aroma Segar Lebaran appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment