Khusus untuk cuti sekolah hujung tahun ini, Lost World of Tambun (LOWT) membawakan karakter televisyen Cartoon Network kegemaran ramai iaitu The Powerpuff Girl dan juga Ben 10.
LWOT menjanjikan aktiviti penuh keseronokan kepada pengunjungnya bermula 25 November sehingga 1 Januari. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah Giant Jenga, Giant Snakes & Ladders, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan Slow & Steady. Selain itu, terdapat empat sesi sehari untuk berjumpa dengan karakter kartun kegemaran itu.
Bukan itu sahaja, pengunjung akan mendapat makanan ringan seperti bertih jagung dan gula kapas. Anda juga boleh membeli cenderamata di POW Shop sepanjang kempen berlangsung termasuk patung aksi, patung beruang, kasut dan pakaian. LWOT juga memberi 1000 tiket emas Lost World POW Holidays yang diterbangkan menggunakan belon di sekitar kawasan taman tema tersebut. Setiap satu tiket membenarkan kemasukan sebanyak empat orang sahaja.
Lost World of Tambun turut bekerjasama dengan rakan kongsi pengangkutan mereka iaitu ETS-KTMB untuk mengadakan LOWT-ETS pertandingan Swafoto bermula sekarang sehingga 31 Disember 2017. Peserta perlu mengambil gambar bersama poster Lost World POW Holidays di enam stesen ETS iaitu KL Sentral, Gemas, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar. Muat naik gambar bersama dengan ID ticket ETS di laman sesawang ini.
Satu pemenang mingguan akan berpeluang untuk memenangi percutian dua hari satu malam di Lost World Glamping untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak dan juga tiket ETS pergi balik ke Padang Besar. 10 pemenang mingguan pula akan memenangi hadiah sagu hati iaitu empat tiket kemasukan ke LOWT untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh menikmati potongan harga sebanyak 35 peratus daripada harga asal apabila mereka membeli tiket secara dalam talian. untuk lebih maklumat layari laman sesawang LOWT atau Laman sosial media Facebook. Anda juga boleh menghubungi talian 05 542 8888.
The post Lost World of Tambun membawakan The Powerpuff Girl dan Ben 10 appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment