Detik kualiti bersama keluarga menjadi tumpuan edisi Disember ini dengan aktres jelita, Datin Nina Juren berkongsi kisah keluarganya dalam ruangan Muka Depan.
Ketahui apakah azam dan sasarannya buat 2018 untuk diri sendiri dan cara dia menyeimbangi kerjaya serta masa bersama famili terutama dengan enam anak untuk dijaga.
Masih dalam suasana meraikan detik kualiti bersama keluarga, Pesona Gaya melampirkan inspirasi fesyen ibu dan anak sewaktu percutian yang boleh anda ceduk buat panduan ketika berlibur. Apakah teknik dan cara betul untuk menggaya busana dengan perincian labuci atau jemeki agar tidak kelihatan berlebih-lebih? Selak halaman Dari Pakar Fesyen dan dengarkan nasihat pakar dan pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat.
Jika anda peminat solekan menggaris mata untuk menyerlahkan penampilan wajah, Pesona Solekan kongsikan empat teknik menawan untuk anda cuba buat acara berbeza. Dari Pakar Cantik mengetengahkan solekan segar buat wanita berkulit sawo matang, sudah tentu menyerlahkan kecantikan semula jadi dengan teknik mekap yang mudah! Ketahui perawatan kuku terbaru daripada The Nail Parlour yang tanpa disedari, boleh mencanak keyakinan diri anda.
Istimewa Jom Jalan berkongsi panduan bercuti bersama ahli keluarga dengan senarai destinasi wajar dikunjungi, jika tidak tahun ini sudah tentu boleh dirancang buat 2018. Kalau anda tidak ke mana-mana, ketahui aktiviti yang boleh anda rencanakan buat anak-anak bila mereka di rumah.
Buat persiapan awal menggunakan senarai semak Kembali ke Sekolah supaya anda tidak kelam-kabut hujung tahun nanti. Jelita turut kongsikan aksesori sekolah yang boleh anda belikan buat si kecil agar dia bersemangat untuk ke sekolah nanti.
Sebagai tanda penghargaan, Jelita ada hadiah setiap hari buat anda. Caranya cukup mudah, ada dalam edisi ini. Dapatkannya sekarang!
The post Datin Nina Juren Kongsi Rahsia Keluarga Bahagia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment