Melakukan seks setiap hari agak mustahil buat anda dan pasangan. Tetapi jika anda masih mahukannya demi hubungan perkahwinan, ada beberapa cara yang boleh anda cuba. Jelita kongsikan tip tingkatkan mood berasmara bersama pasangan anda.
Gambar: INGimage
- Meningkatkan kekerapan secara perlahan-lahan. Jika kebiasannya anda melakukan seks dua minggu sekali, cuba lakukan seminggu sekali, kemudian tiga hari sekali dan sekerap yang mungkin mengikut kemampuan anda dan pasangan anda.
- Ikut naluri bukannya perasaan. Walau ketika anda keletihan dan rasa tidak mahu bersama, tapi bila kalian mula beraksi anda akan rasa seronok melakukannya.
- Ubah perabot di dalam kamar beradu. Sekali-sekala ubah mood kalian dengan mengubah kedudukan perabot. Barulah tidak berasa bosan.
- Berbulan madu bukan sahaja khas untuk pasangan yang baru berkahwin. Jikalau usia perkahwinan anda sudah mencecah 10 tahun sekalipun, berbulan madu sangat diperlukan untuk mengembalikan kemanisan berumah tangga.
The post Tingkatkan Mood Berasmara Bersama Pasangan Anda appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment