Untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan yang dingini setiap masa, sering kali anda terpaksa untuk meninggalkan makanan kegemaran anda, memotong saiz makanan anda bahkan ada yang sanggup berlapar sepanjang hari. Namun terdapat cara yang lebih bijak untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik sambil menikmati makanan kegemaran anda. Jelita senaraikan lapan rahsia makanan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan.
Gantikan Ais Krim Dengan Sorbet
Pencuci mulut berasaskan krim yang digemari ramai ini sebenarnya mengandungi kandungan lemak yang sangat tinggi. Sorbet dan ais buah berbeza sedikit daripada ais krim namun rasanya tetap enak. Ia juga rendah lemak dan kalori.
Gantikan Coklat Dengan Roti Halia
Susu coklat adalah antara makanan yang tidak patut anda ambil sekiranya anda ingin menjaga bentuk badan anda. Jika anda mengidamkan sesuatu yang manis, anda boleh cuba roti halia yang lebih sihat dan yang pastinya enak.
Tuna Dalam Jus Sendiri Dan Bukan Di Dalam Minyak Masak
Tuna adalah antara ikan yang sangat sihat dan kandungan proteinnya sama dengan hidangan kaviar. Untuk mendapatkan protein yang tinggi, anda perlu memilih tuna yang ada di dalam tin kerana ia mengandungi jus dari tuna itu sendiri. Ia rendah lemak dan mengandungi lebih banyak vitamin (A, B12, D,E), asid amino dan bahan sihat yang lain seperti (iodine, kaluim, fosforus dan zat besi).
Gantikan Kekacang Dengan Bertih Jagung
Ia mungkin kedengaran seperti tidak masuk akal namun ia adalah lebih baik jika anda makan hidangan bertih jagung yang tidak mempunyai perasa atau masin daripada campuran kekacang yang biasanya digoreng dengan minyak.
Gantikan Biskut Dengan Buahan
Setiap kali anda inginkan snek, tangan anda biasanya akan mencapai sesuatu yang manis. Triknya kali ini adalah untuk menahan diri anda. Biskut biasanya mempunyai gula tambahan yang tidak diperlukan oleh badan anda. Jika anda memilih buahan, badan anda akan menerima vitamin dan nutrien yang diperlukan.
Gantikan Bijirin Yang Dibeli Di Kedai Dengan Oat
Hidangan oat buatan sendiri dengan buahan dan kekacang adalah pilihan yang lebih sihat daripada muesli (bijirin) yang anda beli di pasar raya. Bijirin biasanya mengandungi perasa dan gula tambahan untuk menambahkan rasanya. Kerana tambahan ini, muesli mengandungi kalori yang tinggi, tidak seperti oat yang mengandungi kalori yang sederhana.
Gantikan Kentang Segar Dengan Kentang Beku
Kedua-dua jenis kentang ini hampir sama kandungan khasiatnya namun kentang beku akan membuatkan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Ini kerna kentang beku mengandungi jenis kanji yang sihat.
Gantikan Cip Kentang Dengan Cip Sayuran
Cip sayuran buatan sendiri adalah jauh lebih sihat berbanding dengan kerepek kentang yang dibeli kerana sayuran mengandungi vitamin yang diperlukan oleh badan anda.
Gambar: Shutterstock dan ING Image
The post 8 Rahsia Makanan Yang Dapat Membantu Mengurangkan Berat Badan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment