Tip Basuh Stokin Dengan Betul

Sarung kaki atau stokin antara item fesyen yang sering digunakan lelaki mahupun wanita. Bagi wanita muslimah, ia item penting untuk menutup aurat. Stokin juga memberi perlindungan kepada kaki agar menyerap peluh mahupun mengelak kecederaan. Justeru, mencuci stokin dengan betul dan bersih boleh memanjangkan tempoh penggunaan sekali gus menjimatkan duit poket anda. Jelita kongsikan tip membasuh stokin dengan betul.
 

Gambar: Shutterstock


 
Jangan Guna Berus Baju

Jika anda mencuci baju dengan tangan, jangan memberus stokin dengan berus baju. Ia akan menyebabkan stokin hilang elastik dan rosak.
 
Guna Air Sejuk

Sebaiknya semua bahan yang elastik tidak dicuci dengan air panas. Ini bagi mengelakkan getahnya hilang regangan.
 
Tidak Menjemur Di Bawah Pancaran Terus Matahari

Setelah mencucinya, sebaiknya jemur di tempat yang teduh dan berangin. Proses pengeringan mungkin mengambil masa namun sekiranya dijemur di tempat yang panas, ia boleh merosakkan fabrik stokin anda.

The post Tip Basuh Stokin Dengan Betul appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment