Gambar: Shutterstock
Bagi bakal ratu sehari, pasti persiapan terakhir sudah dilakukan menjelang hari perkahwinan. Jelita paparkan 10 perkara yang perlu dilakukan sebulan menjelang hari bahagia.
- Pastikan anda mencuba baju perkahwinan untuk memastikan keselesaan apabila memakainya.
- Set korset penting untuk bakal ratu sehari kerana membantu bentuk badan anda dengan lebih baik. Guna korset dengan cermat jika busana menggunakan fabrik sifon lembut.
- Cincin sudah siap diukur mengikut ukuran jari anda.
- Hantaran hendaklah siap sepenuhnya supaya anda dapat melakukan persiapan yang lain.
- Jangan lupa menghantar borang cuti.
- Ini penting, tempah tok kadi bimbang dia sibuk menjelang hari pernikahan anda.
- Sijil pra perkahwinan dan borang permohonan berkahwin telah lengkap diisi
- Dapatkan laporan cuaca pada hari berlangsungnya majlis supaya boleh membuat persiapan jika berlaku perkara yang tidak diingini
- Jangan lupa periksa tempat di mana majlis anda diadakan.
- Pastikan semua yang bertanggungjawab menguruskan katering, dewan, pelamin, mak andam tahu tarikh, masa dan tempat berlangsungnya majlis anda.
The post Panduan Persiapan Hari Bahagia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment