Curang Di Media Sosial

Hidup dalam dunia serba moden ini manusia semakin galak bergelar tech savvy. Biar apapun latar, kanak-kanak seawal usia tiga tahun sudah bijak mengawal android mahupun peranti teknologi tinggi lain. Dalam kecanggihan itu juga tidak kurang ada pasangan menjadikan media sosial ini sebagai medium berlaku curang. 

 

Gambar : Shutterstock

 

Francis Bea dalam artikelnya bertajuk People Use Social Networks to Cheat; Shocking! menulis, kebanyakan daripada mereka yang curang di media sosial memiliki akaun rahsia yang tidak diketahui oleh pasangan. Dalam kajian yang dilakukan Bea, 67 peratus daripada mereka ini menggunakan laman sosial Facebook sebagai medium berkenalan dengan orang lain.

 

Kajian berterusan tentang penipuan di alam maya ini juga pernah dilakukan oleh Britt Klonz. Menerusi kajian Social Cheating: How Facebook Ruins Some Marriages, dia mendapati satu daripada lima orang dewasa di Amerika menggunakan Facebook sebagai medium untuk mereka curang dalam percintaan. Dia mendapati juga 23 peratus lelaki menipu dalam perhubungan berbanding 19 peratus wanita di Amerika yang curang di laman sosial atas alasan tiada kepuasan dalam seks.

 

Lambakkan Aplikasi Telefon Pintar

Rhena Murray dari New York Daily menyokong kajian yang dilakukan Bea dengan menambah – lambakkan aplikasi sosial android dan iOS menjadikan ‘penipuan’ dalam satu-satu perhubungan semakin mudah dan cepat untuk didapati. Murray melabel fenomena ini sebagai ‘The new way of cheating’ dan dalam tulisannya turut menyatakan banyak akaun palsu dibuat semata-mata mahu melepaskan nafsu atau sekadar membuang kebosanan dalam perhubungan yang dijalin. Tidak kurang juga ada yang meletakkan gambar bersifat x-rated sebagai gambar profil mereka bagi memancing pemilik akaun lain yang kebanyakannya berada dalam situasi serupa iaitu ‘penipuan’ dalam perhubungan.

 

Tanda Anda Berada  Dalam Zon ‘Bahaya’

1. Lebih terbuka di alam maya berbanding teman rapat.

2. Perkara pertama dilakukan setiap pagi adalah menyemak sama ada mesej yang masuk daripada si dia.

3. Punya hasrat untuk berjumpa dan meneruskan perhubungan ke fasa berikutnya.

4. Mula berahsia dengan pasangan.

5. Masa yang ada banyak dihabiskan untuk melekat di Facebook atau medium sosial lain.

Punca Media Sosial Menjadi Punca Keretakan Sesebuah Perhubungan

 

•Respons Segera

Hanya dengan sapaan ‘Hi’ anda akan mendapat respons segera daripada pemilik akaun lain.

 

• Akses

Internet ada di mana-mana. Jika anda tidak punya data internet di telefon bimbit, akses Wi-Fi percuma ada di mana-mana dan tentu saja hal ini akan memudahkan penyalahgunaannya.

 

• Ketanpanamaan

Siapa sebenar diri anda, baik status perhubungan dan latar peribadi adalah tidak jelas. Anda boleh menjadi siapa saja yang anda mahu dan memainkan peranan seperti apa yang anda inginkan.

 

•Ilusi Rahsia

Jika anda memiliki sesebuah akaun tanpa meletakkan gambar dan profil sebenar, tentu saja pasangan anda tidak dapat menjangkakan apapun yang disembunyikan.

The post Curang Di Media Sosial appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment