Siri Realiti Datuk Rizalman Ibrahim Mula Bersiaran 30 Mei

Datuk Rizalman pastinya berbangga pabila menjadi personaliti Asia pertama yang muncul dengan siri realiti sendiri di saluran Life Inspired.

 

 

Menggunakan nama sendiri, siri realiti RIZALMAN ini hadir dalam lapan episod dan setiap episod bersiaran selama 30 minit. Siri realiiy ini pastinya satu naskhah yang cukup istimewa dalam meraikan ulang tahun Rizalman dalam dunia fesyen yang sudah mencecah 25 tahun.

 

Dibesarkan di Pulau Pinang, Rizalman pertama kalinya membuka ruang untuk penonton melihat kehidupannya 360 darjah, dari tugasnya sebagai pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, perancang dan pereka perkahwinan hinggalah kehidupan peribadinya sebagai seorang bapa kepada dua orang anak, Umar dan Aali.

 

 

“Lamaran Life Inspired saya terima dengan hati terbuka, ia bagaikan satu mimpi yang menjadi kenyataan. Life Inspired adalah saluran kegemaran saya dan diharapkan siri ini akan menajwab soalan-soalan orang di luar sana yang sering tertanya-tanya bagaimana saya boleh menguruskan pelbagai cabang kerja dalam satu masa,” kata Rizalman.

 

Penonton juga berpeluang melihat kembara Rizalman ke Paris, Guang Zhou dan juga Singapura dalam merealisasikan himpunan fesyen terbarunya. Rancangan ini turut menampilkan selebriti ternama seperti Dayang Nurfaizah, Neelofa dan juga bekas ratu cantik Malaysia, Deborah Henry.

 

RIZALMAN mula disiarkan pada 30 Mei, jam 10 malam di saluran Life Inspired (Astro 728).

 

 

The post Siri Realiti Datuk Rizalman Ibrahim Mula Bersiaran 30 Mei appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment