Bulan ramadan yang baru tiba membuatkan ramai yang teruja untuk menjaga pemakanan agar kekal aktif sepanjang hari. Oleh itu, jenis pemakanan yang diambil untuk kenyang dengan lama amat penting. Jelita kongsikan makanan yang boleh buatkan perut anda kenyang lebih lama semasa bulan ramadan.
Gambar : Shutterstock
Telur
Telur mempunyai kandungan protein yang tinggi dan sangat diperlukan dalam tubuh badan. Pengambilan telur ketika bersahur boleh membantu anda untuk kenyang lebih lama. Telur juga dapat memberi tenaga untuk anda kekal aktif sehingga waktu berbuka. Jadi anda tak perlu risau jika cepat lapar ketika berpuasa.
Oat
Dengan memakan oat sebagai menu sahur ia dikatakan boleh menggantikan karbohidrat. Kandungan serat yang tinggi dalam oat boleh membuatkan anda kenyang lebih lama. Cara memakan oat ialah dengan memakan dengan susu rendah lemak. Ia membantu menambah nutrisi dalam badan dan bertahan sehingga waktu berbuka. Oat juga sangat mudah dimakan jika anda terlambat bangun untuk sahur.
Epal
Buah epal adalah buah yang terbaik untuk dimakan ketika sahur. Kandungan serat dan air yang tinggi dalam epal membantu anda untuk kenyang lebih lama. Epal sangat mudah untuk didapati. Gandingan buah Epal dan Pear akan membuat ia bertambah baik kerana pear juga mengandungi serat. Anda boleh jadikan sebagai jus untuk sahur.
Kacang Badam
Badam merupakan sumber terbaik protein, lemak, dan serat. Mengambil jumlah badam yang betul boleh membuatkan anda kekal kenyang sehingga berbuka. Bukan itu sahaja, pengambilan jenis kekacang lain juga boleh membantu menambah dan mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa.
Avokado
Buah avokado sering ditakuti oleh mereka yang mengamalkan diet. Memang benar avokado mempunyai kandungan lemak tetapi lemak yang sihat dan bermanfaat untuk mengawal kolestrol anda. Avokado juga antara buah yang baik untuk mereka yang ingin mengamalkan diet kerana kandungan seratnya.
Coklat Hitam
Coklat boleh dijadikan sebagai penutup sahur anda. Pastikan anda memakan coklat hitam kerana ia mengandungi serat dan zat besi yang diperlukan oleh badan. Selain itu, ia membantu mengekalkan kesihatan jantung, otak dan mengurangkan tekanan darah.
The post Makanan Untuk Sahur Yang Mampu Membuatkan Perut Kenyang Lama Semasa Bulan Ramadan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment